Tujuh ahli keluarga maut dalam nahas jalan raya di Kelantan
Premium
Tujuh ahli keluarga maut dalam nahas jalan raya di Kelantan
Jul 5, 2016 | 5:30 AM
TIDAK SEMPAT BERAYA: Tujuh ahli keluarga terbunuh dalam nahas jalan raya yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Gua Musang- Kuala Krai dekat Ranok, Gua Musang, Kelantan, awal pagi semalam. - Foto FACEBOOK -
KOTA BHARU: "Aidilfitri kali ini bagai tiada makna buat kami apabila kehilangan tujuh ahli keluarga sekali gus," kata Encik Ahmad Latfi Mat@Mohamad, 62 tahun, bapa dua mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi semalam.
Beliau yang ditemui di Kampung Kubang Badak, di sini, dilihat mengalirkan air mata kerana masih lagi tidak percaya apabila kehilangan dua anak dan menantu serta tiga cucu dalam sekelip mata pada saat kegembiraan menyambut Aidilfitri.

