Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tujuh anak kapal Indonesia diculik kumpulan bersenjata Filipina

Jun 24, 2016 | 11:34 AM
Askar mengawal di pusat pemeriksaan tentera di pulau Sulu di selatan Filipina.
Askar mengawal di pusat pemeriksaan tentera di pulau Sulu di selatan Filipina. - GAMBAR EPA

JAKARTA: Tujuh pelaut Indonesia telah diculik di Laut Sulu di selatan Filipina, kata Menteri Luar Indonesia, pada pada pagi Jumaat (24 Jun).

Ia kejadian terbaru dalam rentetan penculikan di perairan antara dua negara itu.

"Kami mendapat pengesahan (semalam) mengenai kejadian penculikan melibatkan anak kapal Indonesia sebuah kapal," kata Cik Retno Marsudi kepada pemberita.

Beliau berkata penculikan itu dilakukan oleh dua kumpulan bersenjata berbeza.

Enam daripada 13 anak kapal di kapal itu dibebaskan, ujar beliau, sambil menambah bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Indonesia.

Penculikan itu berlaku selepas pemerintah Indonesia, Filipina dan Malaysia bersetuju bulan lepas untuk menjalankan rondaan terselaras bagi menjamin keselamatan laluan air sibuk itu. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg