Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tujuh maut serangan bom kereta di Somalia

Dec 23, 2018 | 3:08 PM
Foto: AFP
Foto: AFP -

MOGADISHU: Tujuh orang terbunuh dalam dua serangan bom kereta yang didakwa dilakukan militan al Shabaab di berhampiran istana presiden di Somalia dekat sini hari ini, kata polis.

"Kami mengesahkan seramai tujuh orang terbunuh dalam dua letupan manakala puluhan yang lain cedera.

"Pasukan keselamatan sudah mengepung kawasan itu dan satu siasatan sedang dijalankan,"kata jurucakap polis, Ibrahim Mohamed.

Stesen televisyen Universal TV yang berpangkalan di London berkata, tiga kakitangannya antara yang terkorban dalam insiden itu.

Difahamkan letupan pertama berlaku di sebuah pusat pemeriksaan di luar pusat teater kebangsaan yang terletak kira-kira 500 meter dari istana.

Manakala letupan kedua yang lebih kuat dilaporkan berlaku hanya beberapa minit kemudian di persimpangan berdekatan.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab meskipun pihak berkuasa mempercayai militan al Shabaab adalah dalang serangan itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg