SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tukar nama mat rempit kepada 'brader motor': Sultan Johor

Tukar nama mat rempit kepada 'brader motor': Sultan Johor

Mar 24, 2018 | 4:09 PM

Tukar nama mat rempit kepada 'brader motor': Sultan Johor

 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan mencadangkan kerajaan menukar nama mat rempit kepada 'brader motor' bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan itu.

Baginda bertitah perkataan mat rempit bunyinya seperti sampah masyarakat selain menggambarkan samseng jalanan bermotosikal.

"Imej mereka harus diubah kepada lebih berdisiplin dan berhemah. Saya mencadangkan kepada kerajaan menukar nama mat rempit kepada brader motor," titahnya dalam majlis pelancaran Bike Week 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Datuk Seri Ab Rauf Yusof. - UTUSAN ONLINE

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg