Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tumpuan dunia pada krisis Rohingya

Sep 10, 2017 | 05:30 AM



DHAKA: Ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan meletus di Myanmar bulan lalu, memberi tekanan kepada sumber bantuan yang sudah kekurangan oleh agensi bantuan dan masyarakat yang sudah pun membantu ratusan ribu pelarian daripada episod ganas sebelumnya.



Pertumpahan darah di negeri barat Rakhine, Myanmar, telah dicetuskan oleh serangan 25 Ogos lalu ke atas puluhan pos polis dan pangkalan tentera oleh pemberontak Rohingya.



Pertembungan dan serangan balas tentera telah membunuh sekurang-kurangnya 400 orang, termasuk 370 militan, menurut pihak tentera.



Lewat minggu lalu, pejabat ketua de facto Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, berkata pihak tentera telah berjuang dalam 90 pertempuran berasingan dengan militan Rohingya sejak serangan-serangan hendap dijalankan.



Dalam satu kenyataan, ia menyatakan bahawa lebih daripada 2,600 rumah musnah di perkampungan Rohingya dan 138 rumah telah musnah di perkampungan bukan Islam - menyalahkan kebakaran dan kerosakan lain sepenuhnya kepada militan.



Pemantau hak asasi manusia dan penduduk Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran Bangladesh mengatakan tentera Myanmar sedang cuba memaksa penduduk Rohingya keluar dengan kempen pembakaran dan pembunuhan.



Sepanjang lima tahun yang lalu, Rakhine telah dibahagikan mengikut garis etnik dan agama, tetapi keganasan terkini adalah yang paling teruk.



KAUM MINORITI TIDAK DIBELA



Perlakuan terhadap 1.1 juta Muslim Rohingya di Myanmar yang majoritinya Buddha adalah cabaran terbesar yang dihadapi Cik Suu Kyi, yang dituduh oleh Barat dan juga negara-negara Islam sebagai tidak membela kaum minoriti yang telah lama mengadu tentang penganiayaan.



Bilangan mereka yang menyeberangi sempadan ke Bangladesh - 87,000 berdasarkan pengiraan oleh para pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - melepasi jumlah yang melarikan diri dari Myanmar selepas serangan-serangan pemberontak yang lebih kecil pada Oktober tahun lalu telah menyebabkan mulanya operasi ketenteraan.



Pegawai Bangladesh berkata sekurang-kurangnya 54 orang telah lemas ketika cuba sampai ke negara itu.



"Tiada pertubuhan bukan pemerintah datang ke sini. Kami tiada makanan. Sesetengah wanita melahirkan bayi di tepi jalan. Kanak-kanak yang sakit tidak mempunyai rawatan,'' kata seorang anggota masyarakat, Encik Mohammed Hussein, baru-baru ini.



Pemuda berusia 25 tahun itu masih mencari tempat tinggal, empat hari selepas melarikan diri.



Kebanyakan pendatang baru telah berkumpul di kem-kem berdekatan dengan sempadan, di mana PBB berkata penduduk tempatan membantu usaha bantuan.



Antara ketibaan baru, kira-kira 16,000 ialah kanak-kanak umur bersekolah dan lebih daripada 5,000 di bawah umur lima tahun yang memerlukan pelindungan vaksin, kata para pekerja bantuan pada hujung minggu lalu.



Bilangan kanak-kanak tanpa berteman adalah tinggi dan ramai yang "trauma dan lapar'', kata mereka.



Pelapor khas PBB untuk hak asasi manusia di Myanmar, Cik Yanghee Lee, telah mengkritik Cik Suu Kyi kerana gagal melindungi kaum Rohingya.



"Pemimpin de facto perlu campur tangan - itulah yang kita harapkan dari mana-mana pemerintah, untuk melindungi semua orang dalam bidang kuasa mereka sendiri," kata Cik Lee.



Bantahan telah bermula di Malaysia, Indonesia, Turkey dan rantau Russia, Chechnya, atas nasib kaum Rohingya, sedang kemarahan bertambah di kalangan umat Islam mengenai keganasan terhadap kaum ini.



Minggu lalu, ribuan berkumpul di Chechnya untuk perhimpunan secara rasmi.



Pada Ahad, bom petrol dilontar ke kedutaan Myanmar di Jakarta.



Menteri Ehwal Luar Malaysia, Encik Anifah Aman, turut mempersoal kesenyapan Cik Suu Kyi.



"Jujur sekali, saya tidak berpuas hati dengan Aung San Suu Kyi," kata Encik Anifah kepada Agence France-Presse.



Presiden Indonesia Joko Widodo mengatakan pemerintahnya komited mahu meredakan krisis kemanusiaan.



Menteri Ehwal Luar Retno Marsudi bertemu Cik Suu Kyi serta ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, di Naypyitaw minggu lalu, untuk menggesa usaha lebih keras bagi meredakan krisis.



Perdana Menteri India Narendra Modi telah berbincang mengenai isu Rohingya semasa lawatannya ke Naypyitaw.



PERLU LINDUNGI HAK MUSLIM ROHINGYA



Presiden Turkey Tayyip Erdogan dan Menteri Luar Iran Javad Zarif telah meminta campur tangan PBB di Myanmar, dengan mengatakan keganasan terhadap umat Islam negara itu adalah genosid dan pembersihan etnik.



Pakistan pula menggesa pihak berkuasa di Myanmar menyiasat laporan pembunuhan beramai-ramai dan mempertanggungjawabkan mereka yang terlibat serta mengambil langkah yang diperlukan bagi melindungi hak umat Islam Rohingya.



Selain puluhan ribu Rohingya, lebih daripada 11,700 "penduduk etnik" telah dipindahkan dari negeri Rakhine, kata pemerintah Myanmar, merujuk kepada rakyat yang bukan Islam.



Rabu lalu, sami ultra-nasionalis Ashin Wirathu dan beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di Yangon untuk tindakan ketenteraan yang kuat terhadap kaum Rohingya kerana pakatan mereka dengan pelampau ekstrem. - Agensi berita.




SEKILAS



  • Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Singapura sedia sokong usaha Asean gunakan mekanisme sedia ada bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang terjejas di Rakhine, selaras dengan prinsip Piagam Asean.

  • MFA turut berkata Persatuan Palang Merah Singapura dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), telah melancarkan inisiatif secara berasingan bagi mengumpul dana untuk masyarakat yang terjejas.

  • MFA berkata Persekutuan Buddha Singapura juga telah menyatakan sokongan untuk usaha ini.

  • Dana itu, menurut MFA, akan diguna bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kepada semua orang terjejas tanpa mengira etnik atau agama.

  • Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, telah turut menzahirkan keprihatinan terhadap konflik di Rakhine.

  • Dalam catatannya di Facebook, beliau berharap agar huraian berpanjangan dapat dicapai segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >