Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tun M, Anwar kembali berganding untuk kembali kuasa Pakatan Harapan

May 9, 2020 | 9:15 PM
KEMBALI BERSAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyatakan mereka telah mengenepikan perbezaan antara mereka untuk mengembalikan kuasa Pakatan Harapan (PH). 
KEMBALI BERSAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyatakan mereka telah mengenepikan perbezaan antara mereka untuk mengembalikan kuasa Pakatan Harapan (PH).  - - Foto: REUTERS

KUALA LUMPUR: Dua ahli politik mapan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyatakan mereka telah mengenepikan perbezaan antara mereka untuk mengembalikan kuasa Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menolak pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang berkuasa tanpa dipilih rakyat, dan dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan sokongan Umno.

Tun Mahathir, 94 tahun, dan Datuk Seri Anwar, 72 tahun, berkata banyak pembentukan semula atau 'reformasi' telah mereka perkenalkan semasa PH berkuasa selama 22 bulan sehingga akhir Februari lalu apabila ia retak dan berlaku peralihan kuasa.

Kenyataan bersama hari ini, genap dua tahun selepas PH memeranjatkan ramai dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Umno dalam pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.

BN telah berkuasa sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 61 tahun lalu, tetapi ramai menolak BN menyusuli tengkarah politik akibat skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memburukkan nama perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Kami telah mengenepikan perbezaan, pertikaian dan ketidaksetujuan untuk rakyat. Kami telah tua dan tiada banyak masa yang tinggal," Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar berkata.

"Namun semangat juang kami masih membara dalam jiwa para belia yang mengimpikan reformasi. Telah tiba masa untuk kami kembali bangkit dan mengembalikan mandat rakyat kepada pemilik sebenar." - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg