Tun M sedih Pejuang kalah, tumpu tulis buku sejarah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tun M sedih Pejuang kalah, tumpu tulis buku sejarah

Nov 24, 2022 | 5:30 AM

Tun M sedih Pejuang kalah, tumpu tulis buku sejarah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MANTAN PERDANA MENTERI: Tun Dr Mahathir Mohamad, menyaksikan gagasan Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpinnya mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-15. - Foto REUTERS
MANTAN PERDANA MENTERI: Tun Dr Mahathir Mohamad, menyaksikan gagasan Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipimpinnya mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-15. - Foto REUTERS -

KUALA LUMPUR: Empat hari selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya membuka mulut menyatakan kesedihan beliau apabila partinya tewas.

Pengerusi penaja parti Gerakan Tanah Air (GTA) berusia 97 tahun itu berkata, sebagai pemimpin Pejuang, beliau sedih dengan keputusan itu, namun tetap menerima pilihan rakyat.

"Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mengganti GTA kalah dalam PRU15. Saya sebagai Pengerusi Pejuang sedih, tetapi saya terima pilihan rakyat.

"Saya harap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia," katanya dalam catatan pertama selepas PRU15.

Pada pilihan raya Sabtu lalu, GTA, yang bertanding menggunakan logo Pejuang, gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.

Tun Dr Mahathir sendiri kalah teruk di tangan calon Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 13,518 undi, malah mantan perdana menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi.

Anaknya, yang juga Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, serta calon Gerakan Tanah Air lain juga mengalami kekalahan teruk, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada parti itu akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas pilihan raya lalu.

Dr Mahathir berkata, mengakui kekalahan Pejuang di semua 125 kawasan ditandinginya bermakna parti itu tidak dapat berperanan sebagai pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Justeru, beliau menambah, segala perancangan yang diatur Pejuang untuk negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong kerajaan yang menang.

"Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi kerajaan akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

"Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan sejarah dan aktiviti dalam negara.

"Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

"Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis," katanya. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg