Topik diikuti
Pergi ke BHkuTun Mahathir kota janji dapatkan pembebasan Anwar

IMBAS KEMBALI: Datuk Seri Anwar melambai kepada penyokong beliau sebelum dipenjarakan pada 1998 atas kesalahan meliwat dan penyalahgunaan kuasa. - Foto fail
May 17, 2018 | 5:30 AM
Tun Mahathir kota janji dapatkan pembebasan Anwar
SEMALAM Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan janjinya dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Janji Tun Dr Mahathir ditepati.
Sekali gus langkah pengampunan dan pembebasan dari penjara itu memperlihatkan kredibiliti Tun Dr Mahathir yang bukan hanya cakap- cakap kosong semasa kempen pilihan raya.