Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA

Tuna Tahun Baru Jepun turun harga

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Seekor tuna sirip biru gergasi dilelong pada harga lebih rendah buat tahun ketiga berturut-turut dalam satu acara lelongan pertama di pasar ikan Tokyo baru-baru ini.



Tuna seberat 211 kilogram itu, ditangkap di perairan Oma di utara Jepun, dijual pada harga 16.9 juta yen ($197,604) - atau 80,000 yen sekilogram, kata seorang pegawai di pasar tersebut.



Firma pemborong Jepun, Yamayuki, bekerjasama dengan pengendali rangkaian susyi berbintang Michelin, Onodera Group, untuk memenangi lelongan itu.



Namun, harga lelongan tuna Tahun Baru itu adalah lebih rendah daripada 20.84 juta yen yang dibayar setahun lalu apabila nilainya menurun dengan ketara akibat penularan jangkitan koronavirus yang memaksa orang ramai berhenti makan di luar.



Pada tahun-tahun sebelum Covid-19, lelongan tuna Tahun Baru selalunya mencapai harga tinggi ekoran persaingan sengit pembeli.



Contohnya, rangkaian susyi Jepun, Kiyomura, kendalian 'Raja Tuna', Encik Kiyoshi Kimura, membayar rekod 333.6 juta yen pada 2019.



Tuna Tahun Baru kali ini dipotong di Ginza Onodera di daerah beli-belah Omotesando Tokyo dan bakal disajikan di semua 12 restoran susyi Onodera di seluruh dunia, termasuk di New York dan Shanghai, kata pihak Onodera Food Service.



Pembeli tuna di lelongan Tahun Baru kali ini berkata beliau berharap pembelian itu akan "mencerahkan" 2022 yang dilanda Covid-19.



"Saya mengambil bahagian dalam lelongan dengan harapan untuk mendapatkan tuna berharga tinggi, yang dianggap bertuah, dan menyajikannya kepada pelanggan kami untuk mencerahkan suasana tahun mereka, walaupun dunia kita masih terjejas oleh wabak itu," kata ketua cef Encik Akifumi Sakagami kepada AFP.



Lelongan tuna pertama setiap tahun di pasar Toyosu adalah satu tradisi yang menarik perhatian ramai termasuk pembeli ikan.



Mereka kadangkala membida pada harga tinggi untuk memenangi tuna bermutu tinggi, yang dilihat sebagai membawa tuah serta banyak publisiti kepada pembelinya.



Beberapa jam selepas lelongan selesai, ikan itu dihantar ke restoran yang dikendalikan Onodera di kawasan kejiranan mewah Omotesando di Tokyo untuk dipotong - acara yang ditunjukkan kepada orang ramai.



Penggemar susyi berkumpul di luar restoran Tokyo itu, tidak sabar untuk mendapatkan sepotong ikan tuna itu.



Cik Junko Kawabata, 78 tahun, berkata beliau telah dengan segera memandu dari rumahnya di timur Tokyo untuk merebut peluang menikmati tangkapan berharga tinggi tersebut.



"Saya begitu gemar ikan tuna," katanya sambil mempamerkan tiket bernombor yang menunjukkan beliau menjadi pelanggan pertama dihidangkan ikan itu.



"Saya tidak sabar untuk makan." - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >