Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEMELUT POLITIK DI MYANMAR

Tunjuk perasaan bantah tentera meletus di serata Myanmar buat tiga hari berturut-turut

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Beberapa bandar di serata Myanmar terus menyaksikan kehadiran ribuan pembantah yang tunjuk perasaan terhadap rampasan kuasa pihak tentera dan penahanan pemimpin dipilih Aung San Suu Kyi, 75 tahun, seminggu lalu.



IBU KOTA MYANMAR, NAYPYIDAW



Ratusan orang membanjiri Naypyidaw, daripada penunggang motosikal kepada pemandu kereta.



Mereka membunyikan hon masing-masing sebagai tanda menyokong bantahan.



Menurut jurugambar agensi berita AFP yang berada di tempat kejadian, polis Naypyidaw menggunakan penyembur air ke atas pembantah. Jurugambar itu berkata dua orang cedera.



Satu video yang dimuatnaikkan ke media sosial pula menunjukkan dua lagi lelaki rebah ekoran semburan air itu.



Air tersebut dipercayai dicampurkan dengan bahan kimia.



Polis dilihat berhenti menyemburkan air selepas pembantah merayu.



Namun, bantahan diteruskan.



BANDAR TERBESAR MYANMAR, YANGON



Di Yangon - bandar terbesar Myanmar - sekumpulan sami yang lengkap berpakaian warna kuning cempaka ikut tunjuk perasaan bersama golongan pekerja dan pelajar.



Menjelang tengah hari, lebih 1,000 orang sudah berkumpul di sebuah taman bandar berkenaan.



Di sana, mereka mengibarkan bendera pelbagai warna di samping bendera merah Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD). NLD parti prodemokrasi pimpinan Cik Suu Kyi.



Penunjuk perasaan rata-rata menggayakan baju berwarna hitam sambil mengangkat sepanduk dengan tulisan seperti Release Our Leaders, Respect Our Votes, Reject Military Coup (Bebaskan Pemimpin Kami, Hormati Undi Kami, Tolak Kudeta Tentera), Save Democracy (Selamatkan Demokrasi) dan Say No to Dictatorship (Katakan 'Tidak' kepada Pemerintahan Diktator).



Ketika diwawancara, seorang pembantah yang juga jururawat hospital awam di Yangon, Cik Aye Misan, berkata:



"Kami pekerja penjagaan kesihatan menerajui kempen ini demi menggesa semua kakitangan pemerintah agar menyertai (bantahan). Kami mahu menghapuskan pemerintahan tentera dan memperjuang masa depan."



MANDALAY DAN BANDAR LAIN



Lebih 1,000 pembantah turut dilaporkan berkumpul di Mandalay menjelang tengah hari semalam.



Ribuan lain pula dilihat mengadakan bantahan di bandar tepi laut dalam kawasan Myanmar Tenggara, Dawei, dan Kachin di utara.



Jumlah pembantah itu merangkumi warga daripada pelbagai kumpulan etnik dan fahaman politik termasuk mereka yang sebelum ini mengkritik Cik Suu Kyi dan menuduhnya mengetepikan warga minoriti.



Setakat ini, bantahan di Myanmar masih tenang berbanding bantahan pada 1988 dan 2007.



Ketika akhbar ini dicetak, pihak junta masih belum memberi komen kepada wartawan Reuters tentang bantahan yang berlaku.



Kali ini, Cik Suu Kyi diarah tidak boleh berkomunikasi dengan sesiapa sejak ketua tentera Min Aung Hlaing melaksanakan kudeta pada dinihari 1 Februari lalu.



Cik Suu Kyi menghadapi tuduhan mengimport enam walkie-talkie dan kini ditahan polis atas tujuan siasatan hingga 15 Februari. Peguam tidak dibenarkan menemuinya.



TINDAK BALAS DUNIA



Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru supaya Cik Suu Kyi dan tahanan lain dibebaskan.



Amerika Syarikat pula merancang hendak mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >