Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tunku Mahkota Johor gesa wujud rumah gelandangan sementara bagi kekang penularan Covid-19

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menggesa agar diwujudkan segera rumah gelandangan sementara bagi mengekang penularan Covid-19 dalam golongan itu.



Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda kelmarin, Tunku Ismail bertitah, dalam keadaan pandemik Covid-19 kini, mereka yang hidup gelandangan adalah antara golongan paling terdedah kepada jangkitan virus itu kerana mereka terpaksa tinggal di tepi jalan atau di tempat awam.



"Menerusi laporan baru-baru ini, terdapat lebih 500 orang Yang kini hidup gelandangan di Johor Bahru.



"Saya menitahkan agar pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan ini dapat tempat tinggal yang lebih selesa dan bantuan dari segi makanan dan kesihatan dapat disampaikan kepada mereka," katanya.



Terang beliau, dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risiko jangkitan akan menurun dan mereka juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal.



"Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah," katanya.



Selain itu, Tunku Ismail berkata agar pembinaan pusat transit gelandangan di bandar raya itu dapat dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan dapat tempat tinggal yang lebih selesa selain dapat menerima bantuan dari segi makanan dan kesihatan.



Baginda dalam pada itu berpendapat prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19 perlu dikaji semula secara menyeluruh dan berasaskan data sahih.



Tunku Ismail berkata sehingga kini statistik jangkitan harian Covid-19 masih menunjukkan jumlah kes yang tinggi.



"Rakyat kini dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga timbul akibat situasi ini yang berpanjangan.



"Saya berpendapat SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan," kata Tunku Ismail dalam hantaran di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Isnin lalu.



Tunku Ismail turut meminta kerajaan negeri mempercepatkan pelaksanaan inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dalam keadaan kritikal.



Beliau berkata penggunaan 'rapid test kit' dan test kit peribadi perlu diperkenalkan secepat mungkin dan digunakan secara meluas khususnya dalam sektor penting selain mahu rakyat disaring secara meluas dan divaksin secepat mungkin.



"Saya juga menitahkan proses vaksinasi untuk bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperoleh vaksin secara pembelian terus," tambahnya.



Negeri Johor merekodkan 500 kes baru pada 4 Julai lalu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negeri ini sebanyak 72,525 kes dengan 595 kematian.



Baru-baru ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kebangsaan mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri Johor berhubung keperluan memberi vaksin kepada gelandangan di bandar raya itu sebagai antara langkah bagi mengelak penularan kes Covid-19 membabitkan golongan berkenaan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >