Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tuntutan bedak talkum punca barah: Johnson & Johnson akur bayar AS$8.9b sebagai huraian

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Johnson & Johnson (J&J) mendedahkan pada Selasa bahawa ia telah bersetuju membayar AS$8.9 bilion ($11.8 bilion) kepada beribu orang yang mendakwa produk bedak talkum syarikat itu mengakibatkan barah.



Ia bakal menamatkan pertempuran undang-undang yang telah berpanjangan lebih 10 tahun.



Penyelesaian yang dicadangkan itu, yang dianggap peguam bagi plaintif sebagai "kemenangan besar" , akan dibayar selama 25 tahun melalui sebuah anak syarikat, kata J&J dalam satu pemfailan sekuriti.



Syarikat itu berkata rancangan penyelesaian itu bukan satu pengakuan salah laku.



Jika mahkamah muflis meluluskannya, perjanjian itu akan menyelesaikan semua tuntutan semasa dan masa depan yang melibatkan produk J&J yang mengandungi talkum, seperti bedak bayi, kata syarikat itu.



Sekumpulan peguam yang mewakili hampir 70,000 plaintif menyifatkan perjanjian itu sebagai satu "peristiwa penting" dan "kemenangan penting bagi puluhan ribu wanita yang menghidap barah ginekologi yang disebabkan produk berasaskan talkum J&J".



Sebagai tambahan kepada perjanjian itu, mahkamah perlu menerima pemfailan muflis baru oleh anak syarikat J&J, LTL Management.



J&J menubuhkan LTL dalam langkah untuk melindungi dirinya daripada litigasi talkum itu, tetapi pemfailan muflis awal oleh unit tersebut dicabar oleh plaintif dan ditolak pada 2023 oleh mahkamah rayuan Amerika Syarikat.



Pemfailan muflis pertama LTL telah memperuntukkan AS$2 bilion untuk pembayaran kepada plaintif, yang kebanyakannya mendakwa bahawa talkum yang digunakan dalam bedak bayi J&J tercemar dengan asbestos dan menyebabkan penyakit seperti barah ovari dan mesotelioma (tumor yang berkembang daripada tisu mesotelium dan selalu dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos).



Dengan pemfailan baru itu, J&J berkata ia akan memperuntuk tambahan AS$6.9 bilion untuk menampung pembayaran itu.



Naib presiden litigasi global syarikat tersebut, Encik Erik Haas, berkata pada Selasa bahawa tuntutan plaintif "adalah palsu dan tidak mempunyai merit saintifik" tetapi akan mengambil masa beberapa dekad dan sangat mahal untuk diselesaikan.



Eksekutif J&J tahu selama beberapa dekad tentang risiko pendedahan asbestos yang dikaitkan dengan produk talkumnya, termasuk bedak bayinya yang terkenal.



Selepas bertahun-tahun menolak penyelidik dan saintis, syarikat itu mula menghadapi banyak tindakan saman dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bersama siasatan pemerintah dan pertanyaan penggubal undang-undang.



Pada 2020, syarikat itu berkata ia akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum di Amerika.



Ia merancang menghentikan penjualan produk itu secara global tahun ini, sebaliknya menawarkan versi tepung jagung. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >