Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Turkey dakwa tujuh orang bagi kes bekas bos Nissan yang lolos dari Jepun

May 09, 2020 | 08:00 AM



ISTANBUL: Pendakwa raya di Turkey telah mengemukakan tuduhan ke atas tujuh orang berkaitan kelolosan bekas bos Nissan, Encik Carlos Ghosn, yang berjaya melarikan diri dari Jepun pada Disember lalu. 



Empat juruterbang, dua anak kapal dan seorang eksekutif penerbangan telah dituduh membantunya melarikan diri ke Lebanon menerusi Istanbul. 



Para juruterbang dan eksekutif  telah dituduh melakukan "penyeludupan pendatang asing" dan anak kapal lain dituduh gagal melaporkan jenayah. 



Encik Ghosn melarikan diri dari Jepun selepas didakwa melakukan kesalahan kewangan, di mana beliau menafikannya. 



Jutawan bekas ketua syarikat kereta global itu diberkas pada November 2018 dan meluangkan masa di penjara dan diletakkan dalam tahanan di rumah. 



Beliau dipantau 24 jam sehari dan akses ke Internet telah disekat. Bagaimanapun, pada 29 Disember lalu, beliau melarikan diri ke Beirut. 



Polis Turkey telah menahan mereka yang disyaki pada 2 Januari. Seorang pegawai pemerintah berkata, ketika itu Turkey tidak dimaklumkan tentang ketibaan Encik Ghosn, ataupun pelepasannya dari negara itu. 



Syarikat penerbangan Turkey, MNG Jet, telah menyatakan dua pesawatnya telah digunakan secara haram, dan ia telah memfailkan aduan jenayah berkenaan kejadian itu.



Perincian kelolosan Encik Ghosn belum diterangkan sepenuhnya. Ahli perniagaan itu, yang juga menguruskan Renault dan Nissan sebagai sebahagian daripada perikatan tiga pihak, kekal menyatakan beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Jepun. 



Beliau menyifatkan sistem keadilan di Jepun sebagai 'tipu' dan menyatakan dirinya adalah 'tebusan' dalam negara di mana beliau tiada pilihan lain sama ada mati di negaranya atau melarikan diri.



Pihak pendakwa raya di Tokyo juga telah mengeluarkan waran tangkap ke atas isteri Encik Ghosn, Cik Carole Ghosn. - Agensi



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >