Turkey, Lebanon rancang buka kedutaan di Baitulmakdis Timur
Premium
Turkey, Lebanon rancang buka kedutaan di Baitulmakdis Timur
Dec 16, 2017 | 5:30 AM

SIDANG KHAS: Presiden Turkey Encik Erdogan (depan tengah) berdiri di sebelah Raja Jordan Raja Abdullah (kiri) dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas (kanan) semasa mereka bergambar di sidang khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul bagi membincangkan respons kepada pengiktirafan Amerika Syarikat bagi Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel. - Foto AFP -
ANKARA: Sedang semakin meningkatnya kecaman dunia terhadap pengiktirafan Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump, pemerintah Turkey dan Lebanon semalam mengumumkan ia akan membuka kedutaannya di Baitulmuqaddis Timur - sebagai sokongan kepada rakyat Palestin.
Pada akhir sidang khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turkey, Menteri Luar Turkey, Encik Mevlut Cavusoglu, menyatakan bagi menangani pertikaian Baitulmakdis, negaranya merancang membuka kedutaannya sebagai menyokong Palestin.

