Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Turkey: Pemberontak wanita Kurdi pelaku serangan di Ankara

Mar 16, 2016 | 1:07 PM
Pakar forensik menyiasat di tempat kejadian letupan pada 14 Mac 2016, sehari selepas sebuah bom kereta meletup di Dataran Kizilay, Ankara, dan membunuh sekurang-kurangnya 34 orang.
Pakar forensik menyiasat di tempat kejadian letupan pada 14 Mac 2016, sehari selepas sebuah bom kereta meletup di Dataran Kizilay, Ankara, dan membunuh sekurang-kurangnya 34 orang. - AFP

ISTANBUL: Seorang wanita yang bergabung dengan militia Kurdi bertanggungjawab melakukan pengeboman berani mati di Ankara hujung minggu lalu, kata Kementerian Dalam Negeri Turkey.

Penyerang serangan di Dataran Kizilay, di kawasan tengah Ankara, pada Ahad (13 Mac) itu, yang membunuh sekurang-kurangnya 37 orang, dikenal pasti sebagai Seher Çagla Demir, warga Turkey yang lahir pada 1992.

Kementerian itu berkata Demir menyertai Parti Pekerja Kurdistan, yang dikenali sebagai PKK, pada 2013 dan kemudian menyeberang ke Syria untuk menerima latihan daripada militan Kurdi Syria dari Unit Perlindungan Rakyat Kurdi, atau YPG. Turkey menganggap kedua-dua kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas.

Tuduhan kementerian itu tidak dapat disahkan secara bebas. PKK mempunyai sejarah menyerang pasukan keselamatan Turkey tetapi tidak orang awam.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, yang berlaku tiga minggu selepas satu lagi pengeboman kereta di Ankara yang mengorbankan 30 orang.

Sebuah kumpulan serpihan PKK mendakwa melakukan serangan itu.

Pengumuman kementerian itu berkemungkinan meningkatkan ketegangan antara Turkey dan Amerika Syarikat, yang menyelaras dengan pasukan YPG di lapangan di Syria dalam perjuangan menentang kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS). - New York Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg