Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Turkey: Pengebom di Istanbul ada kaitan dengan ISIS

Mar 21, 2016 | 10:12 AM

ISTANBUL: Seorang lelaki yang ada kaitan dengan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) melakukan pengeboman bunuh diri yang mengorbankan empat orang di Istanbul Sabtu (19 Mac) lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Encik Efkan Ala, pada Ahad (20 Mac).

Ini kali kedua pihak berkuasa Turkey mengaitkan kumpulan pengganas itu dengan serangan di negara tersebut tahun ini.

Encik Ala mengenal dikenal pasti pengebom itu sebagai Mehmet Ozturk, yang lahir pada 1992. Akhbar Hurriyet berkata ujian DNA dipadankan dengan sampel yang diambil daripada bapanya, yang tinggal di Gaziantep, selatan Turkey.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tidak jauh dari laluan pejalan kaki utama di Istanbul, Istiklal Caddesi, itu.

Tiga yang terkorban dan 10 mangsa yang cedera adalah warga Israel, tetapi jurucakap Kementerian Luar Israel, Encik Emmanuel Nahason, berkata masih terlalu awal untuk menentukan apakah mereka memang menjadi sasaran.

Pemerintah Israel mengeluarkan amaran perjalanan terhadap Turkey, menasihati rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke sana.

"Bukti yang kami ada menunjukkan penyerang Mehmet Ozturk ada kaitan dengan pertubuhan pengganas Daesh," kata Encik Ala, menggunakan singkatan bahasa Arab bagi ISIS.

Lima orang ditahan setakat ini berkaitan serangan itu, katanya.

Lebih 80 orang terbunuh dalam empat serangan di Ankara dan Istanbul tahun ini.

Kumpulan TAK, yang berpecah daripada kumpulan PKK Kurdi, yang mencari autonomi, mengaku melancarkan dua daripada serangan tersebut, dan pihak berkuasa menyalahkan ISIS bagi baki dua serangan.

Polis berjaga-jaga di seluruh Turkey pada Ahad selepas serangan para hari sebelumnya dan kerana kebimbangan mengenai pertempuran mungkin berlaku antara pasukan keselamatan dan militan Kurdish semasa perayaan musim bunga pada hujung minggu, yang disambut secara meluas oleh kaum Kurdi.

Serangan Sabtu kelihatan sama dengan pengeboman berani mati pada Januari, yang didakwa pihak berkuasa dilakukan ISIS, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 pelancong Jerman.

Dalam serangan itu, pengebom berani mati meletupkan dirinya di kalangan pelancong berhampiran sebuah pusat bersejarah di Istanbul. - Bloomberg, Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3