Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM TURKEY

Turkey perlu lalui satu lagi pilihan raya presiden, Erdogan dahului pesaing

May 16, 2023 | 05:30 AM



ANKARA: Turkey perlu melalui satu lagi pilihan raya presiden selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang mendahului pesaing pembangkangnya Encik Kemal Kilicdaroglu dalam pilihan raya pada Ahad, gagal mendapat undian majoriti untuk melanjutkan pemerintahannya yang sudah berlangsung selama 20 tahun.



Kededua Encik Erdogan dan Encik Kilicdaroglu tidak melepasi undi 50 peratus yang diperlukan untuk mengelak pusingan kedua, yang akan diadakan pada 28 Mei, dalam pilihan raya yang dilihat sebagai cerminan sokongan rakyat kepada Encik Erdogan.



Pemilihan presiden itu bukan sahaja menentukan siapa yang akan mengetuai pemerintah dengan penduduk seramai 85 juta penduduk itu, namun juga sama ada ia kembali kepada pemerintahan lebih sekular atau demokratik.



Ini selain usaha bagaimana negara itu akan menangani krisis kos sara hidup yang semakin meruncing, dan menguruskan hubungan dengan Russia, Timur Tengah dan Barat.



Encik Kilicdaroglu, yang berkata beliau akan menang dalam pusingan kedua itu, menggesa penyokongnya supaya bersabar dan menuduh parti Encik Erdogan mengganggu pengiraan dan proses melaporkan keputusan.



Encik Erdogan menunjukkan prestasi lebih baik daripada tinjauan sebelum pilihan raya, dan beliau muncul dalam suasana yakin dan agresif ketika bercakap dengan penyokongnya.



Dengan hampir 97 peratus peti undi dikira, Encik Erdogan meraih 49.39 peratus undi dan Encik Kilicdaroglu pula mendapat 44.92 peratus, menurut agensi berita milik kerajaan Anadolu.



Lembaga Pilihan Raya Tinggi Turkey pula memberi Encik Erdogan 49.49 peratus dengan 91.93 peratus peti undi dikira.



Negara itu, yang sudah pun bergelut dengan inflasi melambung tinggi, kini menghadapi ketidaktentuan selama dua minggu yang boleh menggegarkan pasaran, dengan penganalisis menjangka perubahan dalam mata wang tempatan dan pasaran saham.



Dalam undian parlimen, Parti Pembangunan dan Kehakiman (AKP) pimpinan Encik Erdogan meraih keputusan lebih baik daripada dijangkakan dan sedang menuju ke arah meraih kerusi majoriti. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >