Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Turkmenistan umum belum ada kes Covid-19

Jun 8, 2021 | 5:30 AM
04f756e9-d6e1-4cc2-a74d-1fbb197d8fb6
-

ASHGABAT: Negara Turkmenistan, kemungkinan muncul sebagai antara segilintir negara di dunia yang tidak menghadapi penularan Covid-19 - mengikut apa yang dinyatakan presiden negara itu.

Presiden Turkmenistan, Encik Gurbanguly Berdymukhamedov, menyatakan negaranya tidak menghadapi sebarang kes Covid-19 yang melanda sedunia sejak Disember 2019.

"Berkat usaha kerja yang kami lakukan, Turkmenistan belum mempunyai kes penyakit ini," katanya, yang dipetik agensi berita AFP.

Turkmenistan merupakan diantara beberapa negara selain Korea Utara dan negara di kepulauan Pasifik, yang melaporkan mereka tidak menghadapi satu pun kes koronavirus.

Pemeriksaan Berita Harian di pangkalan data kes jangkitan Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara 3 Januari 2020 hingga semalam (6 Jun) juga menunjukkan sifar.

Bagaimanapun sehingga 3 April lalu, negara di Asia Tengah itu telah melakukan inokulasi sebanyak 41,993 dos vaksin Covid-19.

Encik Berdymukhamedov, 63 tahun, menyatakan dalam wawancara dengan agensi berita Mir lewat bulan lalu negara kaya dengan hasil gas itu menggunakan dua vaksin Russia, EpiVacCorona dan Sputnik V, untuk inokulasi kumpulan berisiko.

Walaupun tidak ada kes dilaporkan, Turkmenistan hanya mula melonggarkan sekatan ketat yang menyaksikan restoran ditutup, sekatan perjalanan bas dan kereta api antara wilayah pada April lalu, hampir sembilan bulan selepas dilaksanakan.

Media asing bagaimanapun meragui dakwaan Turkmenistan yang ia bebas koronavirus, apatah lagi seorang diplomat Turkey di Turkmenistan dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit itu tahun lalu dan duta United Kingdom mengakui di media sosial pada Disember 2020 beliau dijangkiti koronavirus ketika berada di negara itu.

Turkmenistan adalah diantara negara terakhir yang mengenakan larangan ke atas penonton bagi acara sukan dan polis bertindak tegas menghalang penduduk memakai pelitup muka pada awal pandemik berkenaan.

Pendekatan itu bagaimanapun berubah selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melakukan kunjungan ke negara itu Julai lalu dan menasihati pemerintah untuk mengambil langkah pencegahan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg