SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tuvalu pertimbang cara sah kekal sebagai negara andai tenggelam suatu hari nanti

Tuvalu pertimbang cara sah kekal sebagai negara andai tenggelam suatu hari nanti

Nov 9, 2021 | 6:59 PM

Tuvalu pertimbang cara sah kekal sebagai negara andai tenggelam suatu hari nanti

Menteri Keadilan, Perhubungan & Ehwal Luar Tuvalu, Encik Simon Kofe memberikan kenyataan COP26 semasa berdiri di lautan di Funafuti, Tuvalu, pada 5 Nov 2021. - Reuters
Menteri Keadilan, Perhubungan & Ehwal Luar Tuvalu, Encik Simon Kofe memberikan kenyataan COP26 semasa berdiri di lautan di Funafuti, Tuvalu, pada 5 Nov 2021. - Reuters -

SYDNEY: Tuvalu sedang mempertimbang cara-cara sah mengekalkan zon-zon maritimnya dan pengiktirafannya sebagai sebuah negara meskipun ia mungkin tenggelam dek perubahan iklim, kata menteri ehwal luarnya pada Selasa (9 Nov).

"Kami sebenarnya sedang membayangkan keadaan paling teruk di mana kami terpaksa berpindah atau tanah-tanah kami tenggelam.

Kami sedang melihat cara sah di sisi undang-undang di mana kami boleh mengekalkan pemilikan zon-zon maritim, mengekalkan pengiktirafan sebagai sebuah negara di bawah undang-undang antarabangsa," kata Encik Simon Kofe.

Tuvalu ialah sebuah pulau di lautan Pasifik dengan penduduk sekitar 11,000 orang dan titik tertingginya hanya 4.5 meter dari paras laut.

Sejak 1993, paras laut telah meningkat kira-kira 0.5 sentimeter setahun, menurut laporan pemerintah Australia pada 2011. - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg