Premium
Tweet Obama mengenai isu dapat jumlah rekod 'like'
Mantan presiden AS: Tiada orang dilahirkan benci orang lain kerana warna kulit, latar belakang atau agama
Aug 18, 2017 | 5:30 AM
DAPAT PERHATIAN DUNIA: Tweet Presiden Obama ini, yang bermakna 'Tiada orang dilahirkan membencikan orang lain kerana warna kulit, latar belakang atau agamanya' dan diiringi gambar beliau bersama kanak-kanak berlainan warna kulit, mendapat hingga empat juta 'like' hingga tengah malam Selasa lalu. - Foto TWITTER BARACK OBAMA -
WASHINGTON: Catatan tiga bahagian mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, di laman Twitter, yang memetik kata-kata wira penentang aparteid Nelson Mandela, ekoran perhimpunan gerakan nasionalis kulit putih di Charlottesville, Virginia, meraih jumlah rekod 'like' hingga tengah malam Selasa lalu, menurut Twitter.
Sehingga tengah hari semalam, bahagian pertama tweet Encik Obama, yang berbunyi "tiada orang dilahirkan dengan membenci orang lain kerana warna kulit, latar belakang atau agamanya", meraih lebih empat juta 'like' dan diterbitkan semula lebih 1.5 juta kali.

