Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Twitter akan kenakan caj bulanan $11 bagi akaun yang sah: Musk

Nov 3, 2022 | 5:30 AM
KENAKAN BAYARAN: Encik Elon Musk membuat pengumuman caj bulanan itu beberapa hari selepas beliau mengambil alih sepenuhnya syarikat media sosial Twitter. - Foto REUTERS
KENAKAN BAYARAN: Encik Elon Musk membuat pengumuman caj bulanan itu beberapa hari selepas beliau mengambil alih sepenuhnya syarikat media sosial Twitter. - Foto REUTERS -

SAN FRANCISCO: Ketua baru Twitter, Encik Elon Musk, kelmarin berkata laman web itu akan mengenakan bayaran AS$8 ($11) sebulan untuk mengesahkan akaun pengguna, dengan alasan rancangan itu akan memperbaiki sistem laman itu dan mewujudkan aliran pendapatan baru untuk syarikat.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas lelaki terkaya di dunia itu mengambil alih sepenuhnya gergasi media sosial itu dalam perjanjian AS$44 bilion yang sering dipertikaikan.

"Kuasa kepada rakyat! Biru untuk $8/bulan," ciap beliau, merujuk kepada tanda semak biru terkenal platform itu yang menandakan akaun yang disahkan dan sahih.

Harga pelan baru itu akan diselaraskan mengikut negara "berkadar dengan pariti kuasa beli", tambah Encik Musk dalam balasan kepada tweet asalnya, dan juga akan memasukkan "keutamaan" membalas dan mencari siaran, yang disebutnya "penting untuk mengalahkan 'spam'/penipuan."

Terdapat juga ciri video yang diperluas, iklan yang dikurangkan dan kemungkinan bagi pengguna mendapatkan "laluan tembok berbayar (paywall bypass) untuk penerbit yang bersedia bekerjasama dengan kami", katanya.

"Ini juga akan memberikan Twitter aliran pendapatan untuk memberi ganjaran kepada pencipta kandungan," kata Encik Musk dalam tweetnya.

Selain menawarkan keistimewaan pengesahan, program itu akan mengambil alih fungsi sedia ada Twitter Blue - kini tersedia pada harga AS$5 sebulan - yang antara lain, membolehkan pengguna menyunting tweet mereka. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg