Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TENGKARAH POLITIK DI AS

Twitter, Facebook, IG beku akaun Trump susuli rusuhan

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Tiga penyedia khidmat media sosial utama dunia, Twitter, Facebook dan Instagram, buat pertama kalinya telah menggantung akaun Presiden Donald Trump, berikutan rusuhan berdarah yang tercetus di ibu kota Washington DC selepas perusuh menentang pengisytiharan rasmi pelantikan Presiden yang baru bagi negara itu.



Sedang Twitter menggantung akaun Encik Trump selama 12 jam dan menarik keluar tiga kenyataan yang dibuatnya, Facebook dan Instagram pula telah menggantung akaun beliau selama 24 jam.



Twitter juga mengancam akan mengekalkan larangan itu setelah beliau didapati melanggar peraturan wadah komunikasi berkenaan dengan berkali-kali membuat dakwaan palsu bahawa pelantikan presiden baru adalah hasil penipuan pilihan raya.



Twitter turut memadamkan video yang dimuat naik Encik Trump dan langkah sama diikuti Facebook dan YouTube. Mereka mendakwa Encik Trump menghasut penunjuk perasaan bertindak sehingga mendorong mereka menyerbu masuk bangunan Capitol, semalam.



Twitter memberitahu sekatan itu dilaksanakan kerana mesej Encik Trump melanggar peraturan platform itu mengenai wibawa dan kesedaran sivik.



Tindakan itu boleh menyebabkan sekatan kekal akaun @realDonaldTrump, akaun media sosialnya diikuti oleh sekitar 88 juta orang.



Platform mesej itu juga memberitahu mereka mengunci akaun Trump untuk 12 jam dan memberi amaran semua hantaran yang menyinggung perlu dikeluarkan jika tidak akaun itu akan terus dikunci.



Reaksi media sosial itu berikutan dakwaan Trump melakukan rampasan kuasa, menggunakan penunjuk perasaan yang merempuh masuk bangunan Capitol dalam usaha yang menggagalkan perakuan kemenangan Encik Joe Biden pada pilihan raya presiden.



"Ini adalah keadaan darurat dan kami mengambil langkah keselamatan yang sesuai, termasuk membuang video Presiden Trump.



"Kami membuang video itu atas pertimbangan untuk mengurangkan risiko keganasan yang berterusan." kata Naib Presiden Integriti Facebook, Encik Guy Rosen, dalam satu mesej Twitter.



YouTube juga membuang video Encik Trump mengenai serangan yang tidak berasas terhadap integriti pilihan raya yang menyaksikan kekalahannya pada November lalu dan bantahan berterusan yang mencabar keputusan pilihan raya.



"Ketika situasi memuncak di Bangunan Capitol, pasukan kami berusaha untuk menghapus siaran langsung dan kandungan lain yang melanggar dasar kami, termasuk yang menghasut keganasan atau berkaitan gambaran keganasan," kata jurucakap YouTube, Encik Alex Joseph.



Facebook pula menyatakan akan mencari dan membuang kandungan yang menyokong serangan di Bangunan Capitol atau bahan yang menggalakkan keganasan.



Jaringan media sosial itu menyatakan mereka mengeluarkan semua mesej penunjuk perasaan, termasuk yang menuntut perdamaian, jika kumpulan itu melanggar perintah berkurung yang dilaksanakan di Washington, atau melakukan sebarang usaha untuk melakukan semula serangan terhadap Kongres.



"Protes ganas di Capitol hari ini adalah sangat mengaibkan.



"Kami melarang sebarang bentuk hasutan dan menggalakkan keganasan di platform kami.



"Kami secara aktif meneliti dan membuang kandungan yang melanggar peraturan ini," kata jurucakap Facebook.



Facebook menegaskan bahawa pihaknya berhubung dengan pegawai penguatkuasa undang-undang dan terus melaksanakan larangan ke atas kumpulan konspirasi yang menggerakkan keganasan sosial dan kumpulan yang menanamkan kebencian. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >