UAE, Bahrain meterai perjanjian pulih hubungan bersama Israel
Premium
UAE, Bahrain meterai perjanjian pulih hubungan bersama Israel
Sep 17, 2020 | 5:30 AM
PULIH HUBUNGAN: Di depan ratusan hadirin di laman Rumah Putih, (dari kiri) Menteri Luar Bahrain, Encik Abdullatif Al Zayani; Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu; Presiden Donald Trump; dan, Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed al-Nahyan, menandatangani perjanjian bagi menjalin hubungan. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menandatangani perjanjian semalam untuk membentuk hubungan rasmi dengan Israel, menjadi negara Arab pertama dalam suku abad merubah jalinan strategik Timur Tengah yang memberi kesan ke atas Iran.
Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, meraikan satu majlis di Rumah Putih yang menamatkan sebulan usaha dramatik apabila kali pertama UAE dan kemudiannya Bahrain bersetuju merubah pertikaian bertahun-tahun tanpa ada huraian ke atas konflik Israel-Palestin.

