Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

UAE pintas peluru berpandu Houthi susuli kunjungan Presiden Israel

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



KAHIRAH: Amiriah Arab Bersatu (UAE) semalam mendedahkan ia telah memintas peluru berpandu balistik yang dilepaskan pihak Houthi Yaman, sedang negara Teluk itu menjadi tuan rumah kepada Presiden Israel, Encik Isaac Herzog, dalam lawatan pertama sedemikian.



Kementerian pertahanan UAE berkata peluru berpandu itu telah dipintas dan dimusnahkan, sambil menambah serpihannya jatuh di kawasan tidak berpenghuni.



Ia tidak menyatakan sama ada peluru berpandu itu menyasarkan ibu kota UAE, Abu Dhabi, ataupun bandar Dubai, hab perniagaan dan pelancongan Timur Tengah.



Pihak berkuasa penerbangan awam UAE berkata trafik udara di negara itu tidak terjejas dan semua operasi penerbangan beroperasi seperti biasa walaupun ada serangan itu, lapor agensi berita negara itu.



UAE adalah sebahagian gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi dalam memerangi pihak Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman dalam konflik tujuh tahun yang telah mengorbankan puluhan ribu orang dan mendorong negara miskin itu ke ambang kebuluran.



Jurucakap tentera Houthi Yaman berkata lewat kelmarin di Twitter bahawa kumpulan itu akan mendedahkan tidak lama lagi butiran operasi ketenteraan barunya jauh di dalam wilayah UAE.



Beliau tidak memberikan butiran lanjut.



Pihak Houthi melancarkan serangan berdarah ke atas Abu Dhabi pada 17 Januari lalu dan serangan peluru berpandu kedua digagalkan pada Isnin lalu, selepas militan Yaman yang disokong UAE campur tangan di sepanjang barisan hadapan di mana militan Houthi mula menyerang tahun lalu.



Kementerian pertahanan UAE berkata pesawat pejuang pihak gabungan telah memusnahkan pelancar peluru berpandu yang terletak di Yaman.



Minggu lalu, pendakwa raya negara Teluk itu menyatakan ia telah memanggil beberapa orang kerana berkongsi video yang menunjukkan sistem pertahanan negara itu memintas serangan peluru berpandu pihak Houthi yang berlaku sebelumnya.



Tiada siaran media sosial mengenai pemintasan terbaru.



Serangan semalam pula berlaku sedang Encik Herzog membincangkan isu keselamatan dan hubungan dua hala dengan pemimpin Putera Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, di Abu Dhabi.



Encik Herzog telah bermalam di Abu Dhabi, seorang pegawai Israel memberitahu Reuters.



Beliau akan meneruskan lawatan ke UAE walaupun berlakunya serangan Houthi, kata pejabatnya.



UAE, bersama-sama dengan Bahrain, menandatangani perjanjian pemulihan hubungan dengan Israel, yang digelar Perjanjian Abraham, pada 2020, yang diatur Amerika Syarikat.



Sementara itu, UAE telah mengurangkan dengan ketara kehadiran tenteranya di Yaman sejak 2019, tetapi ia masih mempunyai pengaruh besar melalui pasukan tempatan yang besar yang telah dibangunkan dan dipersenjatainya.



Perang saudara di Yaman telah meningkat secara mendadak sejak beberapa bulan lalu dengan pihak pakatan mempergiat serangan udara ke atas bandar-bandar Yaman, dengan pihak Houthi pula meningkatkan serangan rentas sempadan.



Sementara itu, UAE telah menggantung penerbangan dron persendirian dan pesawat sukan ringan selama sebulan, berkuat kuasa 22 Januari lalu, beberapa hari selepas Houthi Yaman menyerang ibu kota negara kaya minyak itu dengan dron baru-baru ini.



Ia menyatakan pengecualian mungkin diberi kepada entiti yang bergantung pada dron untuk penggambaran. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >