Ubah laporan audit 1MDB: Najib, bekas CEO tidak mengaku salah, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

KES 1MDB

Ubah laporan audit 1MDB: Najib, bekas CEO tidak mengaku salah

Dec 13, 2018 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas presiden merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, diheret ke mahkamah semalam atas dakwaan mengusik laporan audit muktamad dana pelaburan negara yang dicemari skandal itu.

Datuk Najib, 65 tahun, tidak mengaku bersalah bagi tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu bagi mendapatkan perlindungan daripada tindakan disiplin awam berkaitan 1MDB dengan memerintahkan laporan audit muktamad mengenai 1MDB diusik sebelum ia dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Akaun Awam.

Arul Kanda, 42 tahun, juga tidak mengaku bersalah bagi tuduhan bersubahat dengan Datuk Najib.

Kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Setiap tuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 ($3,284) bergantung mana lebih tinggi.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Arul Kanda ialah pegawai tertinggi 1MDB yang didakwa dalam penyiasatan semula Malaysia ke atas dana tersebut, yang diselubungi skandal melibatkan beberapa negara di mana dana berjumlah sekitar AS$4.5 bilion ($6.1 bilion) dikatakan diseleweng.

Tuduhan baru itu menambah kepada berpuluh-puluh tuduhan penggubahan wang haram dan rasuah berkaitan 1MDB yang telah dikenakan terhadap Datuk Najib.

Minggu lepas, pendakwa membentangkan tuduhan terhadap bekas pegawai 1MDB termasuk bekas pengarah eksekutif kewangan Terence Geh Choh Heng; bekas pengarah pembangunan perniagaan Casey Tang dan bekas peguam am Jasmine Loo.

Tuduhan terhadap Arul Kanda dan Datuk Najib datang selepas Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengatakan bahawa laporan audit kerajaan diubah pada Februari 2016 bagi melenyapkan perenggan yang mengatakan ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho hadir pada satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.

Kenyataan itu membawa kepada siasatan oleh polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta jawatankuasa Parlimen, yang dijangka membentangkan dapatannya menjelang Mac.

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, digambarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sebagai tokoh utama dalam skandal 1MDB.

Pendakwa Malaysia membentangkan tuduhan tambahan terhadap Low minggu lepas, menuduhnya menerima lebih AS$1 bilion daripada 1MDB pada 2009 dan 2011, selepas mengenakannya lapan tuduhan pengubahan wang haram pada Ogos.

Low telah menegaskan bahawa dia tidak bersalah.

Arahan agar dibuang daripada laporan audit itu perenggan yang menyebut Low datang melalui setiausaha utama Datuk Najib, kata Tan Sri Dr Madinah dalam satu kenyataan bulan lalu.

Datuk Najib juga dikatakan mengarahkan perenggan yang mengandungi dua versi mengenai penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014 dikeluarkan daripada dokumen itu, katanya. - The Star, NST.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map