Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ucap takziah dari pemimpin S'pura

Jan 12, 2021 | 5:30 AM
61fea7ba-333c-4cbb-ab7d-f0508995b2dd
-

PEMIMPIN Singapura telah mengucapkan takziah kepada rakyat Indonesia atas kejadian pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lalu.

Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah menulis kepada Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, manakala Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah menulis kepada rakan sejawatannya Cik Retno Marsudi, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam.

Mereka turut menyatakan kesediaan Singapura untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan, termasuk dalam usaha menyelamat.

Dalam suratnya, Presiden Halimah meluahkan rasa sedihnya terhadap penerbangan SJ182 yang terhempas itu.

"Keluarga dan orang tersayang kepada mereka di SJ182 berada dalam ingatan kami. Singapura sedia menghulurkan apa-apa bantuan yang mungkin diperlukan," kata Puan Halimah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg