Premium
Ucapan selamat buat Siti yang hamil
Peminat alu-alukan berita penyanyi sahkan mengandung 4 bulan
Oct 15, 2017 | 5:30 AM

BAKAL TIMANG CAHAYA MATA: Siti Nurhaliza rancang berkongsi pengalaman mengenai isu kesuburan demi membantu wanita lain dalam hal tersebut. - Foto THE STAR -
ULU KLANG: PEMINAT Datuk Siti Nurhaliza di dalam dan di luar negara tumpang gembira dan mengucapkan selamat selepas penyanyi tersohor itu mengesahkan bahawa beliau mengandung empat bulan.
Datuk Siti, 38 tahun, berkongsi berita gembira itu melalui siaran langsung Instagram Live miliknya, @ctdk dan YouTube Siti Official Video dari kediamannya di sini, kira-kira 10 malam kelmarin.

