Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ujian vaksin Moderna bagi virus sinsitium pernafasan tunjuk kadar keberkesanan baik

Jan 20, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Syarikat farmaseutikal Moderna Inc berkata vaksin RNA messenger yang sedang diuji untuk virus sinsitium pernafasan (RSV) mencatatkan kadar keberkesanan sebanyak 83.7 peratus.



Dapatan itu diraih daripada percubaan peringkat akhir untuk mencegah sekurang-kurangnya dua gejala, seperti batuk dan demam, dalam kalangan orang dewasa berusia 60 tahun dan lebih tua.



RSV, yang menyebabkan simptom yang serupa dengan selesema tetapi boleh membawa maut kepada kanak-kanak kecil dan warga emas, menyebabkan kira-kira 14,000 kematian setiap tahun pada orang dewasa berumur 65 tahun ke atas.



Penyakit itu melonjak di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pada musim gugur ini bersama selesema dan Covid-19.



Buat masa ini tiada vaksin yang wujud untuk virus ini di kalangan orang dewasa. Moderna, Pfizer Inc dan GSK Plc berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin RSV mereka bagi dipasarkan terlebih dahulu.



Pfizer dan GSK memfailkan permohonan untuk kelulusan kawal selia AS lewat tahun lepas. Vaksin RSV Pfizer didapati 66.7 peratus berkesan terhadap dua atau lebih gejala dalam ujian peringkat akhir.



Sebaliknya, nirsevimab, sejenis rawatan antibodi yang dihasilkan syarikat Sanofi dan rakan kongsinya AstraZeneca, telah mendapat kebenaran pemasaran Suruhanjaya Eropah untuk pencegahan RSV untuk bayi baru lahir dan anak kecil. Ia kini sedang disemak oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat AS.



Moderna berkata ia berhasrat menyerahkan vaksinnya, mRNA-1345, untuk pertimbangan kelulusan kawal selia secara global pada separuh pertama 2023.



Presiden syarikat itu, Encik Stephen Hoge, memberitahu Reuters bahawa vaksinnya nampak setanding dengan suntikan eksperimen Pfizer dan GSK.



"Sangat menggembirakan melihat kemajuan dalam vaksin RSV untuk orang dewasa yang lebih tua, dan saya fikir kedua-dua vaksin tersebut telah menunjukkan hasil yang agak luar biasa juga," kata Encik Hoge.



"Kami benar-benar fikir kami berada dalam kelas teratas itu - 84 peratus adalah angka keberkesanan yang hebat."



Pasaran vaksin RSV mungkin bernilai melebihi $10 bilion di serata dunia, separuh daripadanya dijana dari AS, menurut penganalisis bioteknologi syarikat Cowen, Encik Tyler Van Buren.



Kajian Moderna telah dijalankan ke atas kira-kira 37,000 peserta berusia 60 tahun ke atas.



Analisis data dilakukan selepas 64 peserta dijangkiti RSV.



Syarikat itu merancang mengeluarkan data penuh di sebuah sidang perubatan.



Encik Hoge menambah Moderna telah memulakan analisis lanjutan mengenai keberkesanan vaksin terhadap penyakit yang lebih teruk dan kemasukan ke hospital.



Beliau berkata masih terlalu awal untuk menyediakan potensi julat harga untuk vaksin yang dijangka diberikan setiap tahun.



Vaksin itu pada umumnya didapati selamat, dengan kesan sampingan yang paling biasa termasuk sakit di tapak suntikan, keletihan dan sakit kepala.



Encik Hoge berkata tiada kebimbangan berhubung miokarditis, sejenis keradangan jantung yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 mRNA. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >