Ujian VEP M'sia hingga 15 Julai
Pemandu tidak dikenakan levi sepanjang tempoh percubaan
Jun 03, 2016 | 05:30 AM
JOHOR: Malaysia mula melaksanakan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) pada kereta-kereta yang berdaftar di Singapura mulai kelmarin, meskipun para pengguna jalan raya tidak dikenakan levi RM20 ($6.60) sepenuhnya.
Ini dilakukan sedang pihak berkuasa menjalankan ujian sehingga 15 Julai ini.