Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Ukraine dakwa tawan semula sebahagian bandar timur

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ukraine dakwa tawan semula sebahagian bandar timur

Jun 05, 2022 | 05:30 AM

SIEVIERODONETSK (Ukraine): Pemerintah Ukraine mendakwa telah berjaya menawan semula sebahagian daripada bandar perkilangan Sievierodonetsk, yang menjadi tumpuan serangan pihak Russia di timur rantau Donbas.

Menurut Ukraine, tenteranya mampu mempertahan kedudukan untuk dua minggu lagi.

Gabenor wilayah Luhansk, Encik Sergiy Gaidai, memberitahu saluran televisyen nasional kelmarin bahawa askar Ukraine telah merampas semula 20 peratus wilayah yang mereka gagal pertahan di Sievierodonetsk.

"Ia bukan "tidak realistik" untuk bandar ini jatuh dalam masa dua minggu mendatang meskipun Russia telah mengerah pasukan bagi perkukuh kedudukan mereka," katanya

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dalam pada itu menjanjikan kemenangan walaupun tentera Russia terus membedil wilayah timur dan dikatakan sudah menguasai 20 peratus negara di timur Eropah itu.

Wartawan dari agensi berita Reuters tiba di Sievierodonetsk pada Khamis lalu dan mengesahkan bahawa warga Ukraine masih kekal di bahagian bandar tersebut.Tentera Ukraine semalam mengesahkan bahawa Russia telah memperkukuh tenteranya dan mengguakan meriam bagi melakukan "operasi serangan" di bandar tersebut.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) berusaha mengeluarkan puluhan juta tan bijiran dari negara itu, sekali gus mengelakkan krisis makanan global bertambah tenat.

Sudah lebih 100 hari sejak Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengarahkan tenteranya masuk ke Ukraine pada 24 Februari lalu mengakibatkan ribuan orang terbunuh, jutaan penduduk melarikan diri dan bandar bertukar menjadi padang jarak. Kemaraan tentera Russia bagaimanapun diperlahankan oleh tentangan sengit tentera Ukraine yang mengusir cuba mereka dari sekitar ibu negara dan memaksa Moscow mengalihkan sasarannya ke wilayah timur.

"Kemenangan akan menjadi milik kita," kata Encik Zelensky dalam ucapan video terbarunya.

Bagaimanapun, jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, berkata 'hasil tertentu sudah dicapai', merujuk kepada pembebasan beberapa kawasan digelar 'angkatan bersenjata pro-Nazi Ukraine'.

Sementara itu, PBB berkata ia mengetuai rundingan penting dengan Russia bagi membenarkan hasil penuaian bijirin Ukraine dibawa keluar dari negara itu. Selain menguasai 20 peratus Ukraine, tentera Russia kini turut mengenakan sekatan ke atas pelabuhan di Laut Hitam.

Akibatnya, harga makanan di Afrika kini melebihi harga selepas kebangkitan Arab Spring 2011 dan rusuhan makanan pada 2008.

Sementara itu, Encik Putin kelmarin, bertemu ketua Kesatuan Afrika, Presiden Senegal, Encik Macky Sall, di kediamannya di Laut Hitam di Sochi.

Selepas pertemuan itu, Encik Sall berkata, pemimpin Russia itu 'komited dan sedar bahawa krisis dan sekatan berkenaan menimbulkan masalah serius bagi negara berekonomi lemah'. - AFP, Reuters

Laporan lanjut: Russia 'curi' bijirin Ukraine, eksport ke Turkey

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3