Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

Ukraine gesa sekutu bekal lebih banyak senjata tentang Russia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ukraine gesa sekutu bekal lebih banyak senjata tentang Russia

Jul 10, 2022 | 05:30 AM

KYIV: Ukraine menggesa sekutunya membekalkan lebih banyak senjata ketika tenteranya berusaha memperlahankan kemaraan tentera Russia melalui wilayah timur Donbas, di kala Moscow mengingatkan negara Barat akibat tindakan balas terhadap pencerobohannya.

Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, yang memberi isyarat Kremlin tidak lagi berminat untuk bertolak ansur atau berunding, berkata sekatan berterusan terhadap Russia berisiko untuk mengakibatkan malapetaka kenaikan harga tenaga.

Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, bertelagah dengan rakan sejawat dari Barat pada mesyuarat G20, apabila mereka mendesak Russia menamatkan sekatan di Kyiv bagi membolehkan penghantaran bijirin dari Ukraine ke negara luar yang berdepan krisis makanan.

Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine, Encik Oleksiy Danilov, berkata negara itu masih tidak mempunyai senjata yang mencukupi dibekalkan oleh Barat dan tenteranya memerlukan masa untuk belajar menggunakannya.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menandatangani pakej senjata baru bernilai AS$400 juta ($559 juta) untuk Ukraine termasuk empat sistem artileri roket mobiliti tinggi (HIMARS) dan lebih banyak peluru.

Sementara itu, utusan Moscow ke London membayangkan tiada kemungkinan bagi pihaknya untuk berundur dari bahagian Ukraine di bawah kawalan Russia, sebaliknya serangan akan diperluaskan.

Duta Besar, Encik Andrei Kelin, memberitahu Reuters bahawa tentera Russia akan menawan seluruh Donbas di timur Ukraine dan tidak mungkin berundur dari darat di seberang pantai Selatan.

Katanya, Ukraine akhirnya perlu membuat perjanjian damai manakala di barisan hadapan Donbas, pegawai Ukraine melaporkan serangan Russia ke atas bandar dan kampung kini berlipat ganda dalam usaha untuk merebut lebih banyak wilayah.

Kenyataan beliau turut membayangkan bahawa sasaran Russia sekarang ialah memaksa hampir 20 peratus daripada Ukraine yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet sebelum ini dikembalikan kepada Russia.

Anggota Unit Infantri Ukraine di jalan ke bandar Siversk memberitahu Reuters, mereka bertahan di pinggir kubu bawah tanah yang ditutupi dengan balak dan beg pasir serta dilengkapi mesingan.

Sementara itu, di bahagian yang diduduki Russia di wilayah Kherson dan Zaporizhzhia di selatan Ukraine, Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vereshchuk, menggesa penduduk berpindah bagi membolehkan tentera Ukraine melancarkan serangan balas.

Semalam, Encik Putin membayangkan kemungkinan untuk mencari penyelesaian kepada konflik itu adalah malap, dengan menyatakan kempen Russia di Ukraine baru saja bermula dan tidak akan berhenti selagi seluruh negara itu ditawan. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3