Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Ukraine perlu sedekad bina prasarana baru ganti pelabuhan di Laut Hitam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ukraine perlu sedekad bina prasarana baru ganti pelabuhan di Laut Hitam

Eksport jutaan tan gandum, bijirin ke seluruh dunia tersekat sejak serangan Russia
Jun 26, 2022 | 05:30 AM

KYIV: Ukraine dijangka mengambil masa sedekad untuk membina prasarana baru bagi menggantikan pelabuhannya di Laut Hitam, yang mengalami sekatan oleh Russia, sekali gus menghalang bijirin dieksport ke seluruh dunia.

Timbalan Menteri Pertanian Ukraine, Encik Taras Vysotskiy, berkata jutaan tan gandum dan bijirin lain terkandas di pelabuhan Ukraine sejak Russia menyerang Februari lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan global berhubung kelaparan dan harga makanan.

"Bagi pembinaan laluan alternatif, pelaburan akan mengambil masa 10 tahun untuk cuba membina infrastruktur yang diperlukan bagi menggantikan kemudahan pelabuhan Laut Hitam yang kami bina sejak 2000 dan mengambil masa 20 tahun.

"Laluan alternatif ini penting tetapi hanya boleh membawa kira-kira satu pertiga daripada eksport Ukraine," katanya.

Russia mula menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu apabila Presiden Vladimir Putin menghantar tentera melintasi sempadan melalui 'operasi ketenteraan khas'.

Pada masa sama, Encik Vysotskiy berkata, sekutu Barat Ukraine sedang berusaha membuka sekatan pelabuhan, terutama di Odessa, iaitu fasiliti utama bagi pelepasan untuk hasil pertanian negara.

"Tanpa jaminan yang utuh bagi membenarkan kapal masuk dan keluar dengan selamat, kami tidak boleh membenarkan tindakan sedemikian.

"Malah, Russia sendiri tidak bersedia memberikan jaminan ini," katanya.

Encik Vysotskiy menambah, kira-kira 20 juta tan bijirin hasil tuaian tahun lalu masih berada di Ukraine.

Namun, beliau berkata bijirin itu boleh disimpan sehingga dua tahun melalui keadaan yang betul.

Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 peratus daripada infrastruktur pelabuhan dimusnahkan roket Russia melalui serangan ke atas sebuah terminal bijiran terbesar di Ukraine di bandar selatan Mykolaiv.

Sementara itu, berhubung tuduhan dibuat Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, beliau berkata, Kyiv mempunyai bukti bahawa kira-kira setengah juta tan bijirin dicuri dari wilayah yang sebahagiannya diduduki Russia, khususnya wilayah Kherson, Zaporizhzhia dan Lugansk.

"Kami menerima bukti daripada imej satelit yang menunjukkan bijirin diangkut ke Syria," katanya.

Beliau berkata, Ukraine sudah memaklumkan kepada beberapa negara mengenai risiko mengangkut bijirin yang dicuri, sambil menambah bahawa kapal membawanya dari Crimea, yang ditakluki Russia pada 2014.

Katanya, Ukraine tidak mempunyai hubungan dengan Syria tetapi mengakui ada negara lain ditawarkan bijirin dari Russia yang disyaki dicuri dari Ukraine.

"Kami dimaklumkan bahawa Mesir ditawarkan bijirin (dari Ukraine) tetapi mereka menolaknya," katanya.

Sejauh ini, Ukraine kehilangan 25 peratus daripada tanah pertaniannya sejak pencerobohan Russia, terutama di selatan dan timur, kata Encik Vysotskiy.

"Namun, keselamatan makanan di negara ini tidak terancam. Walaupun kehilangan 25 peratus tanah pertanian, penanaman tahun ini lebih daripada mencukupi untuk penduduk," katanya dalam satu sidang akhbar minggu lalu.

Tambah beliau, tahap pengambilan makanan dalam negara merosot 'disebabkan perpindahan besar-besaran dan penghijrahan ke negara luar' apabila berjuta-juta penduduk melarikan diri daripada peperangan.

Mengikut perangkaan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), lebih tujuh juta orang dianggarkan kehilangan tempat tinggal di Ukraine akibat perang dicetuskan Russia. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3