Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ukraine rampas semula wilayah sekitar Kyiv; Russia sedia teruskan rundingan

Russia bagaimanapun gambarkan langkah tarik keluar tentera sebagai tanda muhibah
Apr 04, 2022 | 05:30 AM



ZAPORIZHZHIA, UKRAINE: Ukraine berkata tenteranya telah merampas semula semua kawasan sekitar ibu kota, Kyiv, sekali gus mendakwa ia kini mempunyai kuasa penuh ke atas wilayah tersebut sejak Russia melancarkan serangan.



Dengan tentera Russia dikerahkan untuk pertempuran di daerah timur Ukraine, bandar-bandar sekitar Kyiv menunjukkan 'parut' daripada pertempuran yang telah berlarutan hampir lima minggu.



Menurut Reuters, mayat-mayat rakyat biasa bertaburan di jalan raya, dengan Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mendakwa tentera Russia telah meninggalkan periuk api sebelum berundur.



Sementara itu, penasihat presiden Ukraine, Encik Okeksiy Arestovych, berkata tentera negara itu telah merampas semula lebih daripada 30 bandar dan perkampungan di sekitar Kyiv.



Menulis di Facebook, Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Cik Hanna Malyar, berkata "seluruh wilayah Kyiv telah dibebaskan daripada penceroboh", meskipun Russia sendiri enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut.



Namun, Reuters telah melawat beberapa bandar yang dibebaskan itu termasuk di Bucha.



Di sana, seorang penduduk, Cik Mariya Zhelezova, 74 tahun, berkata beliau begitu hampir terbunuh oleh peluru tentera Russia.



"Saya tidak mahu mereka (tentera Russia) kembali ke sini... saya bermimpi hari ini, yang mereka meninggalkan negara ini dan langsung tidak kembali," kata Cik Zhelozova.



Sementara itu, datuk bandar Bucha, Encik Anatoliy Fedoruk, berkata lebih 300 penduduk bandar itu terkorban.



Tentera Ukraine juga melaporkan bahawa serangan udara dan peluru berpandu Russia juga semakin berkurangan, namun mendakwa tentera Russia telah menanam periuk api sebelum meninggalkan kawasan-kawasan yang dibebaskan.



"Mereka meletakkan periuk api di semua wilayah ini. Di kediaman, peralatan dan mayat mereka yang terkorban," kata Presiden Zelenskiy dalam satu rakaman video, tanpa memberikan bukti.



Kementerian Pertahanan Russia tidak mahu mengulas apabila ditanya mengenai periuk api itu, dan Reuters juga tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut.



Russia bagaimanapun menggambarkan langkahnya menarik keluar tentera daripada Kyiv sebagai tanda muhibah kepada rundingan damai yang sedang diadakan di Istanbul, Turki.



Kededua pihak sebelum ini berkata rundingan tersebut tidak berjalan lancar, namun jurucakap Kremlin menggariskan kesediaannya untuk terus berunding.



Rundingan seterusnya belum lagi diumumkan, namun Ukraine berkata beberapa kemajuan sudah dicapai bagi membuka laluan untuk rundingan langsung antara Presiden Russia, Encik Vladimir Putin dan Presiden Zelensky. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >