Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ulama anti-Ahuk kini hadapi siasatan hina agama juga

Dec 29, 2016 | 07:47 AM



JAKARTA: Pemimpin kumpulan Islam tegar Indonesia yang mengetuai desakan agar diambil tindakan ke atas Gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, atas dakwaan menghina Islam, kini menghadapi siasatan polis kerana dikatakan menghina orang Kristian.



Ulama batu api Rizieq Shihab, yang mengetuai Front Pembela Islam (FPI), diadu kepada polis oleh dua persatuan pelajar atas kenyataannya dalam sebuah khutbah, yang dirakam dalam video.



Beliau berkata dalam klip video 22 saat itu, semasa bercakap tentang agama Kristian: "Kalau Tuhan beranak, bidannya siapa?". "



Encik Rizieq dilaporkan kepada polis Jakarta oleh Persatuan Pelajar Katolik Indonesia (PMKRI) dan Institut Keamanan Pelajar selepas video khutbah itu dimuat naik ke laman web media sosial.



Polis berkata mereka akan menyoal siasat saksi sebagai sebahagian daripada kes menghina agama melibatkan Encik Rizieq, 51 tahun.



Beliau salah seorang daripada tiga yang dilaporkan kepada polis. Dua lagi ialah Encik Fauzi Ahmad, yang memuat naik video itu ke akaun Instagram, dan pengguna Twitter Saya Reya, yang turut memuat naik video tersebut.



Salah seorang pengadu, Encik Angelius Bangun Kako, pengerusi PMKRI, berkata pada Isnin (26 Dis) sebagai seorang Kristian, beliau "berasa dimalukan" apabila mendengar kenyataan itu.



"Semua rakyat Indonesia perlu menghormati kepelbagaian dengan tidak campur tangan dalam bilik peribadi agama lain," katanya.



"Hanya orang Kristian tahu tentang kepercayaan Kristian. Sesiapa yang tidak tahu mengenainya, lebih baik dia diam."



Laporan sebelum ini berkata FPI mempunyai rekod keganasan.



Tindakan terhadap Encik Rizieq diambil selepas mahkamah memutuskan pada Selasa bahawa ia akan meneruskan perbicaraan menghina agama Islam terhadap Encik Basuki, yang lebih dikenali sebagai Ahok.



Sama seperti Encik Basuki, Encik Rizieq dituduh melanggar Kanun Jenayah berkaitan menghina agama, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun.



Encik Rizieq tokoh terkenal dalam demonstrasi besar-besaran di Jakarta untuk menuntut siasatan polis ke atas Encik Basuki. - Jakarta Post/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >