Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ulama Indonesia: Kripto, Bitcoin haram

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI), badan agama Islam tertinggi Indonesia, menetapkan bahawa penggunaan Bitcoin dan mata wang kripto lain adalah haram di sisi Islam, lapor akhbar Kompas.



Menyatakan demikian dalam fatwa yang disahkan dalam Forum Ijtima Ulama se-Indonesia Ke-VII, ketua MUI dalam bidang fatwa, Kiyai Asrorun Nia'm Sholeh, menjelaskan bahawa penggunaan mata wang kripto haram "kerana ia mengandungi gharar, dharar, dan bertentangan dengan peraturan bank Indonesia".



Gharar bererti 'ketidakpastian', manakala dharar pula bermakna 'melakukan sesuatu yang membahayakan'.



Mata wang kripto merupakan mata wang digital berdasarkan satu rangkaian yang diedarkan dalam komputer.



Mata wang kripto berdasarkan blockchain yang pertama dikenali sebagai bitcoin.



Menurut fatwa MUI itu, Bitcoin dan mata wang kripto lain dilarang di bawah undang-undang Islam dan tidak boleh didagangkan di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu.



Ia menyamakan kripto sebagai perjudian yang haram ketika perdagangan mata wang maya itu melonjak di Indonesia dan di tempat lain.



Fatwa tersebut, bagaimanapun, dikatakan tidak mempunyai kesan undang-undang di negara Asia Tenggara dengan 270 juta penduduk itu.



Namun, pengisytiharan itu berpotensi meyakinkan orang Islam supaya mengelakkan mata wang kripto.



Menurut Kiyai Asrorun, mata wang kripto sebagai komoditi atau aset digital adalah menyalahi undang-undang untuk berdagang kerana ia mempunyai unsur ketidakpastian, pertaruhan dan bahaya.



"Ia seperti pertaruhan perjudian. Mata wang digital bukan aset ketara dan nilainya boleh turun naik, jadi ia boleh melanggar undang-undang Islam," katanya.



Ketua Pengurus Wilayah Nahdhatul Ulama Jawa Timur (Jatim), Encik Ahmad Ahsyar Sofwan, yang ditukil akhbar Kompas kelmarin, juga menjelaskan alasan utama pihaknya turut mengharamkan penggunaan wang kripto kerana tidak memenuhi kaedah komoditi yang diperdagangkan.



"Terkait mata wang kripto, NU Jatim sepakat itu bukan komoditi atau barang dagangan," katanya kerana ia tidak dihasilkan dalam bentuk yang nyata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >