Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ulama radikal Indonesia Abu Bakar Bashir dibebas

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir, yang dikaitkan dengan pengeboman maut di Bali pada 2002, dibebaskan dari penjara semalam.



Abu Bakar, 82 tahun, dipenjarakan pada 2011 selepas didapati bersalah terbabit dalam kem latihan militan di Aceh.



Hukuman penjara 15 tahunnya dipendekkan berikutan berkelakuan baik dan tahap kesihatannya tidak mengizinkan.



Abu Bakar dianggap sebagai pemimpin agama kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), rangkaian ekstremis yang dikaitkan dengan kumpulan pengganasan Al-Qaeda dan dituduh mengatur pengeboman pada 2002 di Bali yang membunuh 202 mangsa, kebanyakannya warga Australia.



Sebelum Abu Bakar dibebaskan, anaknya, Abdul Rochim Bashir, dilaporkan media sebagai berkata mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan selepas ayahnya dibebaskan dari penjara Gunung Sindur di Jawa Barat.



"Tiada sebarang perancangan, kami hanya ingin membawanya pulang ke rumah, itu sahaja," kata Abdul Rochim, yang juga seorang ulama.



Abu Bakar dijangka menghabiskan sisa hidupnya di sekolah asrama Islam Al Mukmin di Ngruki di Jawa Tengah bersama anaknya.



Dia menubuhkan sekolah itu pada 1972 dan dituduh mempromosikan idea ekstemis yang disifatkan tidak sesuai dengan ideologi Indonesia yang ketika itu di bawah pentadbiran Suharto.



Sebelum ini, media melaporkan hukuman penjara 15 tahunnya dikurangkan selama 55 bulan.



Agensi berita Antara memetik Ketua Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Jawa Barat, Imam Suyudi, berkata pembebasan Abu Bakar menepati segala prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa.



Indonesia telah membebaskan 30,000 tahanan yang sudah menjalani dua pertiga tempoh hukuman mereka pada April tahun lalu, bagi mencegah penularan Covid-19 di penjara sesak dengan banduan.



Abu Bakar didakwa mendalangi serangan pengganas paling kejam di Indonesia itu, meskipun dia tidak pernah disabitkan dengan serangan itu.



Pada Disember 2018, ulama Indonesia itu ditawarkan pembebasan awal dengan alasan kemanusiaan oleh pemerintah kerana kesihatannya semakin merosot. Bagaimanapun, Abu Bakar menolaknya kerana dia enggan mengaku setia kepada Indonesia dan ideologi Pancasila, iaitu syarat bagi semua pengganas yang sudah menjalani reformasi.



Jurucakap Polis Nasional Indonesia, Encik Ahmad Ramadhan, minggu lalu memberi komitmen polis akan memastikan keamanan dan ketenteraman awam pada hari pembebasan Abu Bakar.



"Selain itu, kami juga akan memantau pergerakan Abu Bakar selepas dia dibebaskan. Ini tidak hanya dilakukan ke atas Abu Bakar Bashir, sebaliknya kami mempunyai pasukan perisik khas bagi memantau individu yang melakukan sebarang jenayah," katanya.



Pembebasan Abu Bakar dilakukan skuad antipengganasan Indonesia, Densus 88, menjalankan usaha intensif membanteras pengganasan di republik itu, yang menyaksikan beberapa pemimpin JI ditahan kebelakangan ini. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >