SPH Logo mobile
Langgan|

Ulama tersohor Sheikh Youssef al-Qaradawi meninggal

Ulama tersohor Sheikh Youssef al-Qaradawi meninggal

Sep 27, 2022 | 5:30 AM

Ulama tersohor Sheikh Youssef al-Qaradawi meninggal

9c70c0f4-30f9-475c-b17a-7dcbfedaeac4
-

DUBAI: Ulama tersohor Sheikh Youssef al-Qaradawi, yang berpangkalan di Qatar dan merupakan pemimpin kerohanian bagi kumpulan Ikhwanul Muslimin, meninggal dunia semalam, menurut satu catatan di akaun Twitter rasminya.

Ulama itu, yang berusia sekitar 90 tahun, terkenal melalui programnya 'al-Shariah wa al-Hayah' (Syariah dan Kehidupan) yang disiarkan di media Al Jazeera, dengan anggaran seramai 40-60 juta penonton di serata dunia. Beliau juga terkenal melalui laman web IslamOnline, yang beliau bangunkan pada 1997.

Selain itu, Sheikh al-Qaradawi telah menerbitkan lebih 120 buku termasuk The Lawful and the Prohibited in Islam and Islam: The Future Civilization. Beliau juga telah menerima lapan hadiah antarabangsa atas sumbangannya kepada keilmuan Islam, dan dianggap sebagai salah seorang ulama Islam paling berpengaruh. - Agensi berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg