ALOR SETAR: Selepas kenyang menelan kambing besar, seekor ular sawa tidak berupaya lagi untuk bergerak, membolehkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap reptilia sepanjang tujuh meter itu.
Ular sawa seberat 140 kilogram itu berjaya ditangkap selepas ditemui di dalam kandang kambing.
APM Kubang Pasu dalam satu kenyataan pada Khamis lalu berkata pihaknya menerima laporan terdapat seekor ular sawa besar dalam kandang kambing di Kampung Guar Batu Hitam.
“Kami menerima laporan itu pada 8.23 pagi dan tiba di tempat kejadian sejurus selepas itu.
“Kami berempat berada di tempat kejadian dan kami menyedari ular sawa itu telah menelan seekor kambing yang berada di dalam kandang berhampiran rumah pengadu.
“Ia tidak mengambil masa lama untuk kami menangkapnya,” kata kenyataan itu, dipetik media The Star.
Ia mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap ular sawa itu, yang berukuran tujuh meter panjang dan seberat 140kg.
“Reptilia itu telah diserahkan kepada jabatan hidupan liar negeri,” menurut kenyataan itu lagi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg