Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ular sawa telan pemuda

Mar 29, 2017 | 03:04 PM



JAKARTA (Indonesia) - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Indonesia sejak Ahad lalu (26 Mac) telah ditemui terkorban dalam perut seekor ular sawa sepanjang 7 meter, lapor laman berita Makassar, Tribun Timur, hari ini.



Akbar Salubiro, 25 tahun, tidak kelihatan sejak beliau meninggalkan rumahnya untuk menuai kelapa sawit di Dusun Pangeran miliknya di Desa Salubiro, Kecamatan Karossa, Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat.



Usaha mencari yang dilakukan penduduk kampung menemukan seekor ular sawa gergasi menjalar di sebelah kebunnya dengan sepatu pemuda berusia 25 tahun ini jelas kelihatan di perut ular berkenaan, menurut laporan akhbar itu.



Hal ini diceritakan Setiausaha Desa Salubiro, Encik Junaedi.



Tribun Timur memuatnaikkan video yang menunjukkan perut ular itu sedang dipotong.



Petikan rakaman itu menunjukkan sekujur tubuh dikeluarkan perlahan-lahan dari perut ular itu, dengan kulitnya yang ditarik keluar.



"Awalnya ini Akbar, berangkat dari rumahnya sekitar pukul 07.00 wita, menuju kebun sawitnya membawa alat panen," kata Junaedi kepada TribunSulbar.com, Selasa (28/3/2017)



"Warga di sini dengar orang teriak sekitar pukul 13.00 wita (waktu Indonesia Timur, 2 petang waktu Singapura), tapi dikiranya orang pemburu babi apa lagi tidak ada suara minta tolong makanya tidak dihiraukan," ujarnya menambahkan.



Akbar dicurigai hilang oleh tetangganya kerana tidak pulang seharian.



Biasanya, Akbar kembali dari kebun di siang hari.



Tribun Timur melaporkan bahawa saat dilakukan pencarian kelmarin (27 Mac) sekitar pukul 10 malam wita (11 malam waktu Singapura), warga menemukan seekor ular sawa raksasa sepajang tujuh meter di pinggir kebun milik korban.



"Selepas ditangkap ular itu, sepatu laras yang dipakai Akbar terlihat jelas di perutnya ular ini, selepas dibelah perutnya ular tersebut, alhasil Akbar ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di dalam perut ular itu," ungkapnya



Junaedi menuturkan, ditubuh ular yang menerkam Akbar ditemukan lebih kurang sepuluh bekas sabitan parang.



Isteri mangsa, Muna, tidak dapat mengesahkan apa yang berlaku kerana dikatakan sedang berada di Palopo dan belum mengetahui kejadian yang menimpa suaminya.



Mangsa meninggalkan dua anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >