LONDON: Lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan hari ini.
Bagaimanapun jangka masa puasanya berbeza-beza, terutamanya di kawasan yang masa siangnya lebih lama pada musim panas.
Di Britain dan sebahagian kawasan utara Eropah, waktu siang boleh mencapai 21 jam menyebabkan ada pihak yang mencadangkan supaya masa puasa dipendekkan.
Dengan kalendar Islam adalah 11 hari lebih pendek daripada kalendar masihi, ia menjelaskan bagaimana Ramadan berubah waktu - pada musim panas selama beberapa tahun dan kemudiannya beralih kepada musim berbeza di tempat lain.
Bandar manakah menjadi bandar yang paling mencabar dari segi jangka masa berpuasa?
Umat Islam di Reykjavik, Iceland, berhadapan dengan jangka masa berpuasa selama 21 jam; di Anchorge, Alaska, jangka masa puasanya ialah 19 jam, dan di Dar es Salaam di Tanzani pula ialah selama 12 jam.
Sebaliknya, Buenos Aires adalah bandar yang mempunyai jangka masa puasa paling singkat iaitu selama sembilan jam sehari. - Agensi berita.