Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno akan kemuka usul putus hubungan dengan Bersatu

Pemimpin parti juga mahu kekal jalinan dengan PAS, gesa pilihan raya umum diadakan
Jan 08, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno akan membawa beberapa usul, termasuk usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, ke Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 31 Januari.



Menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno lewat kelmarin, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata majlis itu telah memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian-Bahagian Umno yang telah bersidang di seluruh Malaysia.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mempengerusikan mesyuarat selama lebih dua jam itu di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.



Menurut Encik Shahril, terdapat tiga usul utama yang dibangkitkan sebahagian besar daripada 189 Bahagian-Bahagian UMNO yang telah bersidang itu.



Selain memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, beliau berkata usul itu juga termasuk mempertahan hubungan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui Muafakat Nasional dengan mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.



Umno juga akan membawa usul menggesa supaya Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baru diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan Covid-19.



Tambahnya, mesyuarat MKT Umno bersetuju untuk membawa usul tersebut ke Perhimpunan Agung Umno pada 31 Januari nanti untuk dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti.



"Mesyuarat bersetuju untuk membawa usul ini ke Perhimpunan Agung Umno pada 31 Januari ini bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan tersebut," ujar Encik Shahril.



Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata parti mereka komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 dan bencana banjir.



Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kelmarin.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempengerusikan mesyuarat selama kira-kira tiga jam itu di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, selaku Presiden Bersatu.



"Tindakan beberapa pihak yang terus menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar ada sesuatu yang tidak tepat pada masanya.



"Bersatu berpendirian bahawa pilihan raya umum hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pandemik Covid-19 berada pada tahap lebih baik dan terkawal.



"Oleh yang demikian, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara," kata Encik Wan Saiful.



Sebagai parti yang mempelopori pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata Bersatu beriltizam terus mempertahan kerjasama politik yang telah dipersetujui bersama parti-parti dalam kerajaan itu, dengan berpaksikan kepada agenda penyatuan ummah dan perpaduan seluruh rakyat.



Malah tambahnya, usaha itu akan diteruskan dengan adil dan saksama, bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa dan budaya.



"Bersatu juga menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin pertubuhan yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang telah diwujudkan melalui PN dapat terus dihormati dan dipelihara," ujarnya.



Menurut Encik Wan Saiful, Bersatu juga akan terus memperkukuh kerjasama politik bersama parti anggota lain termasuk PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (Sapp).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >