Topik diikuti
Pergi ke BHkuUmno bergelut untuk bertapak lepas Zahid didakwa
Umno bergelut untuk bertapak lepas Zahid didakwa
Umno bergelut untuk bertapak lepas Zahid didakwa
BUKAN PETANDA BAIK: Zahid melambai kepada penyokong semasa tiba di mahkamah untuk menghadapi tuduhan. Presiden menghadapi tuduhan rasuah bukan petanda baik bagi Umno yang cuba menjauhkan dirinya daripada dakwaan rasuah meluas. - Foto EPA-EFE -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 28, 2018 | 5:30 AM
MASIH terkejut akibat kekalahan pilihan raya lima bulan lalu dan pemergian sekutu parti dan beberapa ahli parlimen (AP), bekas parti pemerintah Umno dilanda satu lagi tamparan - tuduhan jenayah terhadap presiden barunya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Anggota parti itu berkumpul di Kuala Lumpur pada 6 pagi Jumaat 19 Oktober di luar mahkamah, menunggu bagi menunjukkan sokongan kepada Zahid, presiden pertama Umno dikenakan tuduhan.