Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Umno gugur empat menteri, lima timbalan menteri

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



UMNO menggugurkan empat menteri dan lima timbalan menteri sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, satu keputusan tegas yang ambil oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan pemimpin dan anggota parti perlu selari dengan aspirasi presiden parti yang dipilih oleh anggota parti.



Menteri yang digugurkan itu adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Menteri Perpaduan, Datuk Seri Halimah Saddique (Kota Tinggi) serta Menteri Sains Teknologi dan Innovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara).



Kedudukan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar sama ada digugurkan atau dikekal belum lagi diketahui kerana nama beliau dan calon Parlimen Tanjung Karang tidak disebut oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid semasa beliau mengumumkan senarai nama calon BN di WTCKL malam kelmarin.



Timbalan Menteri yang tidak dipilih semula adalah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Datuk Mastura Yazid (Kuala Kangsar; Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu); Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran) dan Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin).



Selain itu, mantan Anggota Parlimen (AP) Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman yang sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga digugurkan dengan digantikan dengan mantan Timbalan Ketua Pemuda, Datuk Khairul Azwan Harun.



Berikutan dengan pengumuman itu, Presiden Umno itu memberi amaran kepada mereka terutama mantan AP yang digugurkan supaya tidak membuat perkara boleh memburukkan nama baik parti itu.



Menurut beliau tindakan sabotaj, protes, dan cuba menutup bilik gerakan hanya akan menunjukkan warna sebenar sikap mereka terhadap parti dan rakyat perlu menilai peribadi politik sedemikian.



Sebaik saja pengumuman itu Datuk Seri Dr Shahidan berkata beliau akan tetap bertanding meskipun tidak di bawah lambang BN, manakala rakannya, Tan Sri Annuar pula akan mendengar pandangan akar umbi terlebih dahulu sebelum menentukan perjalanan karier politiknya.



Dalam pada itu, BN mempertaruhkan nama besar seperti mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin dan mantan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz untuk merampas kerusi Sungai Buloh dan Kuala Selangor daripada PH.



Encik Khairy penyandang kerusi Rembau dan diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan, mempunyai tugas berat untuk menggempurkan kubu kuat PKR yang menang majoriti lebih 24,000 undi pada PRU lepas.



Menurut Encik Khairy, meskipun agak mencabar, beliau akan melakukan yang terbaik untuk bertemu dan meyakinkan seramai mungkin pengundi Sungai Buloh untuk memberi peluang kepadanya.



Datuk Seri Tengku Zafrul yang sejak tahun lepas menggerak jentera pilihan rayanya di Kuala Selangor, akan berdepan dengan penyandang dari PH, Datuk Seri Dr Dzulkefli Ahmad.



Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut mengumumkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Khalid Nordin, yang kalah pada PRU lepas di Pasir Gudang dicalonkan di Kota Tinggi manakala Ketua Penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan bertanding di Parlimen Alor Gajah selain menamakan Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarikh Khan akan bertanding di Parlimen Padang Besar manakala Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki ke Gerik.



Bagi Parlimen Ketereh pula, Tan Sri Annuar digantikan dengan Cik Marzuani Ardila Ariffin manakala di Arau muka baru Datuk Rozabil Abdul Rahman diketengahkan.



BN juga tidak melupakan kerusi peninggalan parti Gerakan yang kini menyertai Perikatan Nasional (PN) untuk diagih-agihkan kepada rakan BN, antaranya menyaksikan penampilan pertama Makkal Sakti, Barisan Progresif India (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) di bawah bendera BN.



BN akan meletakkan kebanyakan rakannya di kubu kuat PH di Pulau Pinang - iaitu Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran di Nibong Tebal; Presiden IPF , T Loganathan di Jelutong dan Razalif Mohamad Zain dari PCM di Bukit Bendera, Presiden Kimma, Syed Ibrahim Kader akan ditempatkan di Puchong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >