Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno mahu perkukuh undang-undang Syariah jika menang pilihan raya: Zahid

Mar 29, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno akan mengukuhkan undang-undang Syariah jika ia menang majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.



"Apabila kita mendapat sokongan majoriti dua pertiga di Parlimen nanti, (kita akan) meminda Perlembagaan untuk memastikan sistem undang-undang Syariah kita diperkukuhkan," katanya.



Pilihan raya umum berikutnya di Malaysia dijadualkan pada 2023, tetapi dijangka diadakan hujung tahun ini disebabkan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang lemah yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Datuk Zahid juga berkata dalam ucapan dasarnya di perhimpunan tahunan parti itu bahawa keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini untuk membolehkan orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' memberi kesan besar terhadap undang-undang Syariah di negara itu.



"Keputusan itu berpotensi untuk membatalkan enakmen lain di bawah undang-undang Syariah, atau bahkan mungkin melumpuhkan keseluruhan sistem," katanya.



Malaysia mempunyai mahkamah Islam syariah dan sivil yang selari dengan kuasa yang hampir sama.



Setiap 13 negeri dalam negara itu mempunyai kawalan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu memutuskan bahawa orang Kristian boleh menggunakan 'Allah' dalam penerbitan agama untuk tujuan pendidikan, menghapuskan larangan sejak tahun 1986.



Seorang hakim memutuskan bahawa larangan itu tidak menurut perlembagaan.



Kerajaan Malaysia telah mengemukakan cabaran di mahkamah rayuan, di tengah-tengah ketidakpuasan yang diluahkan oleh majoriti Muslim di negara itu.



Datuk Zahid berkata keputusan mahkamah itu mungkin menjejas kuasa negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Syariah, dan mendakwa keputusan itu juga menyentuh peruntukan Perlembagaan persekutuan.



"Kita mungkin harus meminda Perlembagaan dan bersama dengan rakan-rakan kita, jika kita mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen, kita akan memperkukuhkannya, insya-Allah," katanya, tanpa memberi perincian lanjut.



Umno memenangi 54 kerusi dalam pilihan raya 2018, sebelum pembelotan menyebabkan bilangan itu turun ke 38 kerusi yang dimilikinya hari ini. Sekutu Umno, Parti Islam SeMalaysia (PAS), kemudian memenangi 18 lagi kerusi.



Umno, parti utama dalam gabungan Barisan Nasional yang berbilang kaum, dan sekutunya memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi di Parlimen yang mempunyai 222 kerusi jika mahu membentuk kerajaan seterusnya.



Mereka memerlukan 148 kerusi untuk menguasai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk mengubah Perlembagaan persekutuan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >