Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno, PAS, Bersatu sepakat kekalkan pentadbiran PN di Perak

Dec 10, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kemelut politik melanda Perak ekoran kegagalan undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sudah diselesaikan menyusuli pertemuan enam mata membabitkan kepemimpinan tertinggi Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), semalam.



Dalam pertemuan di Bangunan Parlimen itu, pemimpin tiga parti itu mencapai kesepakatan untuk mengekalkan pentadbiran Perak di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassin, menerusi perkongsian di twitter, berkata permuafakatan dimeterai tiga parti itu demi rakyat Perak.



"Alhamdulillah, demi rakyat muafakat dimeterai. Utamakan persamaan yang terlalu banyak berbanding dengan perbezaan yang teramat sedikit.



"Tahniah Kerajaan PN Perak dikekalkan... Umno+PAS+Bersatu=#kitabertiga," katanya menerusi ciapan itu sambil berkongsi gambar tiga pemimpin utama PAS, Umno dan Bersatu menandatangani dokumen.



Pada pertemuan itu, Bersatu diwakili Presiden yang juga Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Umno manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi pihak PAS.



Selain Datuk Takiyuddin, pertemuan itu turut disertai Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dan Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.



Awal dari itu, pentadbiran Perak dalam situasi kerajaan tergantung dengan Belanjawan Negeri 2021 masih gagal dibentangkan.



Bermula krisis tercetus Jumaat lalu, pemimpin-pemimpin utama parti negeri itu silih berganti menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bagi menyembah maklum status rundingan yang sedang berlaku di pihak mereka.



Tiga pemimpin utama parti gabungan PH Perak iaitu DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diperkenan menghadap pada Sabtu disusuli Pengerusi Umno Negeri, Datuk Saarani Mohamad.



Perkembangan awal itu bagaimanapun tidak memberi sebarang kata putus terhadap usaha pembentukan kerajaan negeri.



Kelmarin keyakinan Umno bahawa parti itu sudah memperoleh majoriti mencukupi untuk melantik Menteri Besar baru juga tidak membawa kepada proses tubuh kerajaan.



Pendirian rakan komponen Umno dalam PN, iaitu Bersatu dan PAS, tidak dapat dibuktikan apabila tujuh daripada lapan wakil rakyat termasuk mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tidak hadir menghadap baginda Sultan sepertimana dijadualkan.



Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata beliau yakin usaha ke arah berkenaan sedang dilakukan.



"Semua pihak perlu ada sifat terbuka, hormat menghormati dan percaya antara satu sama lain, baru masalah boleh selesai.



"Pada masa sama, pemimpin Umno perlu mengadakan pertemuan dengan pemimpin Bersatu untuk memperbetulkan keadaan di Perak.



"Masalah ini timbul apabila pemimpin Umno mengemukakan usul percaya kepada Menteri Besar. Jadi, perkara paling penting adalah dua parti berkenaan bertemu dan berbincang," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >