Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno pecat Khairy; gantung keahlian Hishamuddin

Jan 28, 2023 | 07:50 AM



KUALA LUMPUR: Umno memecat mantan Menteri Kesihatan  Encik Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar malam tadi (27 Januari) sebagai langkah pembersihan parti secara besar-besaran sejak penubuhan parti Melayu itu 75 tahun lepas.

 

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu juga menggantung keahlian mantan Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein selama enam tahun.



Turut menerima nasib yang sama adalah mantan Ketua Penerangan, Encik Shahril Hamdan; Anggota Parlimen (AP) Jempol, Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua Umno Bahagian Tebrau Johor, Datuk Maulizan Bujang.



Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).



"Selain itu, lima lagi ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari Pahang turut dipecat.



"Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15, “ katanya dalam kenyataan sebaik saja tamat mesyuarat MKT.



Pada masa yang sama, menurut Datuk Seri Ahmad Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baru menggantikan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad.



Sebelum itu, Tan Sri Noh memberitahu media bahawa beliau digantung keahlian selama enam tahun menerusi keputusan dibuat MKT.



Menurut mantan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Noh, perkara itu dimaklumkan menerusi ucapan mukadimah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam mesyuarat itu.



Sementara itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata keputusan dibuat terhadap Tan Sri Noh berdasarkan kepada 16 pertuduhan dihadapi bekas AP Tanjong Karang itu kerana mensabotaj parti pada PRU15.



Katanya, antara tindakan sabotaj tersebut melibatkan soal calon yang ditampilkan untuk mewakili parti di kerusi Parlimen Tanjong Karang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >