Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno: Pisah daripada Muhyiddin tidak ancam perpaduan Melayu

Mar 28, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno memulakan perhimpunan agung tahunannya semalam dengan menuduh para pengkritik mempolitikkan perpaduan Melayu Islam untuk memberi tekanan ke atas parti terbesar Malaysia itu agar meneruskan satu perjanjian tidak bermanfaat dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.



Templakan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu Tan Sri Muhyiddin parti itu akan menarik diri daripada kerajaan setelah Parlimen dibubar dan tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia beliau pada pilihan raya akan datang.



Para pengkritik, sebilangan mereka ahli Umno, menolak tindakan itu sebagai tindakan memecahbelahkan 'Perpaduan Ummah' kerana gabungan kerajaan sedia ada melibatkan ketiga-tiga parti utama Melayu/Islam termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Setelah ditangguhkan dua kali sejak Disember lalu disebabkan pandemik Covid-19, perhimpunan hujung minggu ini dipendekkan kepada dua hari berbanding lima hari sebelum ini.



Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, membuka tirai perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, dengan berkata pilihan raya yang bakal diadakan - dijangka tidak lama lagi setelah keadaan darurat yang disebabkan oleh koronavirus Covid-19 dilonggarkan menjelang Ogos - ialah sesuatu yang "mesti dimenangi" agar Umno dapat kembali berkuasa.



"Walaupun Umno sebahagian daripada kerajaan PN, peranannya terpencil dan tidak dominan," kata mantan ketua menteri Negeri Sembilan itu mengenai parti itu, yang memberikan anggota parlimen paling ramai kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin.



Beliau memberitahu satu sidang media selepas ucapannya bahawa "tanpa ragu" Umno akan menuntut semula kuasa yang ia hilang tiga tahun lalu.



"Tiada guna menang tanpa kita sendiri memimpin negara," kata beliau.



Namun, Datuk Mohamad enggan menamakan calon perdana menteri parti itu. Datuk Dr Ahmad Zahid dan pemimpin tertinggi lain Umno sedang menghadapi ratusan tuduhan rasuah.



Datuk Mohamad menolak dakwaan bahawa umat Islam berpecah belah, kerana kerjasama dengan bekas musuh PAS, bekas musuh Umno, menghasilkan rentetan kemenangan dalam pilihan raya kecil sejak Umno tewas pada pilihan raya umum 2018, yang menamatkan kerajaan 60 tahunnya.



"Bagaimanapun, janganlah kita menganggap perpaduan umat Islam hanya atas dasar parti-parti Melayu berada dalam pakatan politik yang sama.



"Seruan agar bersatu mesti dilihat dalam konteks lebih luas, merangkumi ideologi politik, mengejar kekuasaan dan status sosial," kata beliau.



Beliau juga mencerca "pemimpin sebuah parti Melayu serpihan" - merujuk kepada Bersatu - "yang tidak ada rekod menyatukan orang Melayu dan rakyat Malaysia". - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >