Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Umno tangguh perhimpunan agung tapi akan teruskan pemilihan pimpinan parti

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno akan menangguhkan Perhimpunan Agungnya yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini, selaras dengan pelaksanaan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - tetapi akan meneruskan dengan pemilihan kepimpinan parti.



Dalam satu kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baru perhimpunan agung akan ditentukan kemudian.



Bagaimanapun, katanya lagi, pemilihan parti di semua peringkat bagi penggal 2021/24 akan berlangsung pada satu tarikh yang sesuai tahun ini.



"Selaras dengan Proklamasi Darurat dan PKP, Perhimpunan Agung Umno 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari 2021 akan ditangguhkan. Tarikh baru akan dimaklumkan kelak.



"Dimaklumkan juga YB Datuk Seri Presiden Umno (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) bersetuju agar pemilihan Umno akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun 2021," katanya lagi.



Datuk Seri Ahmad berkata pimpinan pusat ingin mengingatkan semua ahli-ahli Umno untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.



Selain itu beliau berkata, kesemua ahli Umno diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat, pada waktu yang begitu mencabar ini.



Sebelum ini, beberapa Ketua Pemuda Bahagian mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid, serta pemimpin yang telah lama di atas, untuk berundur bagi membolehkan kepimpinan baru mengambil alih parti.



Mereka berkata, serangan demi serangan dibuat ke atas Presiden sehingga ia mengakibatkan risiko dalam kawalan persepsi, dan akhirnya akan menggugat peluang Umno untuk memenangi pilihan raya umum seterusnya.



Selain itu mereka berkata, pemilihan parti perlu dilakukan tahun ini bagi memastikan rakyat dapat melihat barisan kepimpinan yang baru, kurang dibelenggu isu-isu, dan diyakini dapat menerajui negara untuk tahun-tahun seterusnya.



Secara tradisinya, proses pemilihan Umno, sama ada di peringkat akar umbi sehingga pucuk kepimpinan parti kebiasaannya diadakan selepas pelaksanaan sesebuah pilihan raya.



Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, ditukil akhbar Sinar Harian pada 15 Januari lalu sebagai berkata, Umno kini berdepan dilema berhadapan perbezaan pandangan daripada tiga kelompok pemikiran berlainan.



Tiga kelompok Umno ini katanya, terdiri dari kumpulan yang mahu bergerak sendirian pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kumpulan mahu kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan satu lagi kumpulan yang menuntut penjajaran politik baru dengan parti pembangkang.



"Kewujudan tiga kelompok yang bertentangan dalam Umno pada ketika ini menyebabkan masalah dalaman semakin parah, sekali gus melemahkan parti bagi menghadapi PRU akan datang.



"Pandangan saya, langkah terbaik, pemimpin Umno tidak perlu bercanggah, kita selesaikan melalui pemilihan Umno. Kalau rasa Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid) tidak bagus, ahli boleh tentukan siapa yang lebih layak untuk jadi Presiden.



"Umno perlu mempercepatkan pemilihan parti sebelum PRU15 bagi menyelesaikan konflik dalaman yang semakin kritikal," katanya kepada akhbar itu.



Hal serupa disuarakan Ketua Pemuda Umno Kota Raja, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad.



"Apa pun yang berlaku, hala tuju parti mesti ditentukan segera. Dan pemilihan parti adalah jalan terbaik bagi menamatkan kemelut yang melanda," katanya dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >