Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Umno tidak langgar Peraturan Mesyuarat: Ahmad Maslan

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno sekali lagi menegaskan tiada pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022, baru-baru ini.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata prosedur mesyuarat berlangsung dengan tertib dan hampir 90 peratus perwakilan bersetuju dengan usul tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.



Katanya, usul berkenaan bukan sesuatu yang baru kerana sudah beberapa kali dilakukan di bawah pentadbiran presiden lain sebelum ini.



"Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan.



"Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur Umno, jawatan itu tidak dipertanding," katanya di laman sosial semalam.



Umno Selasa lalu memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada perhimpunan agung Umno untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang.



Datuk Ahmad bersama tiga individu lain menemui Ketua Pengarah RoS, Encik Mohd Nawardi Saad, di Putrajaya dan pertemuan itu dibuat susulan tindakan dua ahli Umno pada 20 Januari lalu yang menghantar aduan kepada RoS.



Aduan itu agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa perhimpunan agung berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang.



Datuk Ahmad berkata Umno menyerahkan dokumen tambahan kepada RoS semalam untuk diteliti lanjut dan berharap RoS dapat memberi jawapan atau keputusan berhubung isu berkenaan secepat mungkin.



Media tempatan sebelum ini melaporkan aduan berhubung dua jawatan yang tidak dipertanding itu dikemuka oleh ahli Umno Bahagian Kuala Nerus, Encik Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir, dan ahli Umno Seremban, Encik Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada perhimpunan agung.



Majoriti perwakilan yang hadir pada perhimpunan itu menyatakan sokongan terhadap usul tambahan dicadangkan wakil Umno Negeri Sembilan, Encik Mohd Shukri Shamsudin, agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding dalam pemilihan Umno akan datang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >