Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Undi awal pilihan raya Australia mula dengan pembangkang dahului parti kerajaan

May 10, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Pengundian awal bermula di Australia semalam, ua minggu sebelum hari pilihan raya rasmi negara itu, dengan beberapa tinjauan menunjukkan pembangkang berhaluan tengah Parti Buruh mengukuhkan kedudukannya.



Ini sedang sokongan bagi Perdana Menteri Scott Morrison merosot dalam kalangan rakyat Australia.



Di tengah-tengah kempen yang dikuasai isu kos sara hidup, keselamatan negara dan perubahan iklim, tinjauan yang dipantau secara meluas yang dijalankan akhbar The Australian menunjukkan Parti Buruh mendahului 54-46 peratus ke atas gabungan parti kerajaan Parti Liberal-Parti Kebangsaan pimpinan Encik Morrison.



Penarafan Encik Morrison sebagai pemimpin pilihan negara itu jatuh satu mata peratusan kepada 44 peratus, menurut tinjauan itu namun beliau tetap berada di depan ketua pembangkang Anthony Albanese, yang sokongan terhadapnya meningkat tiga mata kepada 42 peratus.



Pengundian awal itu bermula sehari selepas perdebatan di televisyen antara Encik Morrison dengan Encik Albanese, yang kadangkala kelihatan me menjerit terhadap satu sama lain, menyukarkan kedua-duanya melahirkan pandangan.



"Scott Morrison tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan kecuali menjerit.



"Beliau hanya banyak tersenyum sepanjang semuanya," kata Encik Albanese kepada wartawan semalam.



Pengundi wanita dikatakan beralih kepada Parti Buruh sebagai parti yang mereka percaya akan menguruskan tekanan kos sara hidup yang semakin teruk, menunjuk tinjauan itu, selepas inflasi yang melonjak memaksa bank pusat menaikkan kadar faedah rasminya minggu lalu.



Sekiranya kelebihan gabungan parti kerajaan yang semakin mengecil berulang pada pilihan raya pada 21 Mei itu, Parti Buruh diramal boleh mentadbir negara itu secara sendiri, menurut satu tinjauan yang dilakukan Kajian Kewangan Australia.



Ia juga mendedahkan kos sara hidup yang lebih tinggi adalah isu utama pengundi.



Sekarang, gabungan kerajaan mempunyai majoriti satu kerusi di dewan Parlimen.



Jutaan rakyat Australia dijangka membuang undi dalam tempoh dua minggu akan datang di lebih 500 pusat pengundian awal di seluruh negara.



Pengundian awal semakin popular di Australia.



Kira-kira 40 peratus pengundi membuat undian sama ada awal atau melalui pos dalam pilihan raya nasional lalu.



Pesuruhjaya Pilihan Raya, Encik Tom Rogers, memberitahu televisyen ABC beliau menjangka jumlah itu meningkat semasa pilihan raya kali ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >